Jun 7, 2009

Genetik ketagih makan

Anak yang tubuhnya berisi mungkin menghidap Sindrom Prader Willer yang membawa kepada masalah obesiti.


SELERA makan yang ketara di peringkat awal usia kanak-kanak perlu diberi perhatian serius.


MEMANG menjadi keseronokan bagi sepasang ibu bapa apabila melihat anak sendiri membesar dengan cepat. Sekali pandang, tiada bezanya si pemilik pipi gebu dan lengan berisi itu dengan kanak-kanak lain yang seusia dengannya. Dalam masyarakat kita, sering kali kanak-kanak yang gemuk dikatakan 'sihat'.



Cuma apabila diteliti, terdapat satu ciri yang ketara iaitu saiz dan bentuk badan anak yang agak pendek. Mengenai tabiat pemakanannya pula, nafsu makan anak mereka yang berumur tiga tahun itu cukup luar biasa malah kadangkala membuatkan ibu bapa 'takut' melihatnya.

"Kalau dulu, hendak menyusu pun susah. Tapi bila saja umur tiga tahun, makannya terpaksa kami pantau. Boleh dikatakan apa saja yang diberi akan dimakannya. Dia tidak ubah seperti mesin makanan," luah Karim Bakar (bukan nama sebenar) mengenai anaknya itu.

Karim memberitahu, doktor yang menyambut kelahiran anaknya itu pernah memberitahu tentang kemungkinan anaknya menghidap masalah berkaitan genetik. Tetapi dia tidak menyangka pemerhatian doktor itu bakal menjadi masalah serius.

"Penyakit ini dikenali sebagai Sindrom Prader Willer (PWS) dan ia sangat jarang berlaku. Ia melibatkan struktur genetik yang kompleks yang seterusnya memberi kesan terhadap banyak bahagian pada tubuh," kata Jururunding Genetik Kanak-Kanak di Pusat Perubatan Sime Darby, Dr. Choy Yew Sing.

MENURUT Dr. Choy, bayi yang menghidap PWS melalui keadaan hypotonia.

Jelas Yew Sing, ketika bayi, mereka dikenal pasti melalui keadaan ketegangan otot yang lemah (hypotonia), kesukaran untuk menyusu, pembesaran dan perkembangan yang perlahan.

"Pada fasa pembesaran awal, nafsu terhadap makanan amat tinggi malah sukar dikawal. Perkembangan ini akan menyebabkan mereka mengalami obesiti. Dalam kes yang pernah direkodkan, seorang kanak-kanak berusia empat tahun mempunyai berat badan sehingga 90 kilogram (kg)," katanya kepada Jurnal.

Ibu bapa yang tidak prihatin tentang masalah yang dilalui oleh anak mereka akan terus memberikan makanan setiap kali diminta oleh kanak-kanak itu. Lebih membimbangkan, ibu bapa itu langsung tidak mengetahui soal zat, nutrisi atau kualiti makanan itu secara asas.

Tanpa bimbingan dan kesedaran aspek kesihatan, keputusan dan tindakan kanak-kanak ini secara tidak langsung dipengaruhi. Bukan suatu yang mustahil jika kanak-kanak tersebut melatih diri 'mencuri' makanan setiap kali terasa lapar pada waktu malam atau ketika tidak diperhatikan ibu bapa atau penjaga. Dalam fikiran mereka, perbuatan itu tidak menyalahi peraturan dalam rumah.

"Sesetengah gen hanya akan aktif apabila salinannya diwarisi daripada sebelah ayah. PWS wujud apabila kromosom 15 daripada sebelah ayah ini hilang atau tidak terbentuk dengan sempurna lalu mengganggu kromosom daripada sebelah ibu untuk menyalin set kromosom," jelasnya mengenai keadaan genetik abnormal ini.

DUA kanak-kanak lelaki sama usia dengan salah seorang daripadanya menghidap PWS.

Antara petunjuk lain mengenai penyakit ini ialah kaki dan tangan yang pendek, struktur muka yang tersendiri, ton kulit serta warna rambut yang luar biasa cerah.

Bagi mengesan penyakit yang dialami oleh satu dalam 10,000 hingga 15,000 bayi, pemeriksaan klinikal terhadap genetik diperlukan.

"Lazimnya, pemeriksaan ini disyorkan kepada bayi yang baru lahir apabila hypotenia dikesan. Pemeriksaan awal PWS akan memudahkan rawatan susulan diberikan terutama pemberian hormon pembesaran," jelasnya.

Suntikan hormon secara berkala boleh membantu perkembangan otot serta mengurangkan pengambilan makanan serta menaikkan berat badan bayi.

"Ini adalah penting kerana pada awal kelahiran, bayi PWS mempunyai berat badan yang amat kurang kerana kesukaran menyusu. Jadi, dengan suntikan hormon ini, pembesaran tubuh bayi akan terjadi secara normal," katanya. - SHANIKA ABDULLATIB

Read More......

Apr 19, 2009

Tidak semua buasir sama

HEMOROID atau lebih sinonim sebagai buasir di kalangan masyarakat tempatan merupakan keadaan bengkak dan inflamasi di pembuluh darah serta tisu di sekeliling bahagian anus (dubur) dan bahagian penghujung rektum (bahagian akhir usus besar).

Ia terjadi apabila pesakit meneran ketika membuang air besar atau berlakunya tekanan yang berterusan ke atas pembuluh-pembuluh darah di bahagian tersebut sewaktu pesakit mengandung.

Walaupun topik ini agak jarang dibincangkan, buasir merupakan satu penyakit yang biasa dialami oleh ramai orang.



Terdapat lebih kurang separuh daripada orang dewasa yang berumur sekitar 50-an mengalami rasa gatal-gatal, pendarahan dan kesakitan di bahagian anus yang merupakan tanda-tanda awal buasir akan berlaku.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kaedah dan pengubatan yang boleh merawat penyakit ini. Dalam kebanyakan kes, keadaan ini hanya memerlukan penjagaan kebersihan diri dan beberapa perubahan dalam cara kehidupan terutaman dari segi pemakanan.

Jenis, tanda dan simptom berlakunya buasir bergantung pada kawasan sekitar anus di mana buasir itu terjadi.

Menurut Pakar Bedah, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan, Dr. Abd. Hamid Mat Sain, seseorang itu tidak boleh melihat atau berasa buasir bahagian dalaman tetapi apabila meneran sewaktu membuang air besar, permukaan buasir yang lembut akan tercedera dan mengakibatkannya berdarah.

‘‘Anda mungkin akan terlihat beberapa titik darah merah pada tisu tandas atau dalam mangkuk tandas. Disebabkan membran anus dalaman tidak mempunyai saraf fiber yang peka terhadap rasa sakit, pesakit jarang mengalami rasa tidak selesa atau kesakitan.

“Tetapi, anda mungkin mengalami rasa ‘penuh’ di dalam rektum selepas membuang air besar. Ada ketikanya, apabila meneran, ia akan menolak keluar buasir dalaman melalui pembukaan di anus. Jika buasir itu prolaps (atau terkeluar dari kedudukan asalnya), pesakit akan berasa sakit dan tidak selesa,” katanya.

Sementara itu, bagi pesakit yang mengalami buasir luaran pula, mereka akan mengalami rasa sakit.

Kadangkala, darah yang terkumpul di dalam buasir luaran ini akan membeku (trombus) dan mendatangkan rasa sakit yang keterlaluan, pembengkakan dan inflamasi.

Apabila iritasi berlaku, buasir luaran boleh mengakibatkan pesakit mengalami kegatalan atau perdarahan.

Punca-punca

Buasir boleh berlaku apabila terdapat sebarang tekanan yang berterusan di dalam pembuluh darah di bahagian bawah rektum.

Punca-punca tekanan berlaku adalah:

* Pesakit mengalami sembelit dan regangan yang berlaku sewaktu sembelit. Gejala ini boleh berlaku akibat tumor di bahagian rektum. Oleh itu, buasir dalam keadaan ini hanyalah masalah luaran sahaja sedangkan masalah asal ialah tumor di dalam rektum.

* Pesakit mengalami cirit-birit dan pengeluaran najis cair secara berterusan. Bagi mereka yang berpotensi untuk terjadi buasir, kerapkali merasakan gejala buasir ini sewaktu mengalami keracunan makanan yang menyebabkan cirit-birit selama beberapa hari.

* Pesakit berada dalam keadaan duduk atau berdiri dalam jangka masa yang lama. Contohnya, para penunggang motosikal jarak jauh, pemandu teksi, lori dan bas, pekerja pejabat dan juga, mereka yang harus berdiri lama di dalam pekerjaan seharian seperti guru dan sebagainya.

* Pesakit yang mengalami obesiti.

* Pesakit terpaksa mengangkat objek yang berat.

* Pesakit yang mengandung dan melahirkan anak.

Buasir juga boleh diwarisi. Namun begitu faktor-faktor yang tersebut di atas perlu wujud untuk terjadinya buasir.

Faktor keturunan hanya menjadikan seseorang itu lebih berpotensi untuk menghidapi buasir berbanding orang lain tetapi tidak bermakna mereka pasti akan menghidap buasir.

Ujian saringan

Dr. Abd. Hamid berkata, secara amnya, anda perlu berjumpa doktor sekiranya buasir yang dialami tidak pulih melalui penjagaan kebersihan diri, mengakibatkan rasa sakit atau berlaku pendarahan secara berlebihan.

“Tetapi sekiranya masalah berterusan walaupun telah mendapat rawatan awal dengan ubat-ubatan daripada doktor di klinik, maka pesakit haruslah mendapatkan rundingan pakar bedah.

“Tanda yang paling ketara seseorang itu mengalami buasir dalaman ialah berlakunya pendarahan di bahagian anus sewaktu membuang air besar.

“Namun, pendarahan rektal boleh berlaku atas sebab lain. Oleh itu, pesakit dinasihatkan berjumpa dengan doktor untuk memastikan ia tidak berpunca daripada sebarang penyakit yang lebih serius seperti kanser kolorektal,” ujar beliau.

Jika pada peringkat awal buasir terdapat perubahan yang ketara apabila anda membuang air besar atau jika najis berwarna hitam, merah pekat atau seakan tar, silalah berjumpa dengan doktor pakar dengan segera.

Warna najis yang sedemikian menunjukkan pendarahan telah berlaku di bahagian lain dalam salur pencernaan anda.

Anda juga dinasihat untuk mendapatkan penjagaan kecemasan sekiranya terlihat pendarahan yang banyak pada anus, rasa pening-pening atau pitam.

Doktor juga boleh menentukan jika anda mengalami buasir luaran hanya dengan melihat bahagian buasir itu.

“Untuk buasir dalaman, doktor mungkin ingin menjalankan pemeriksaan dengan menggunakan jari yang bersarung getah atau Digital Rectal Examination (DRE). Tetapi, teknik pemeriksaan ini bukanlah muktamad kerana kadangkala buasir dalaman terlalu lembut untuk dikesan melalui pemeriksaan rektal.

“Dalam kes ini, doktor anda mungkin ingin memeriksa bahagian bawah kolon dan rektum dengan anaskop, protoskop atau sigmoidoskop,” jelas Dr. Abd. Hamid.

Tambah beliau, kadangkala, pemeriksaan yang lebih ekstensif termasuk pemeriksaan keseluruhan kolon dan rektum menggunakan kolonoskopi fiber optik yang anjal untuk mengesan pendarahan pada lesi di bahagian rektum atau mana bahagian kolon yang harus dilakukan.

Pesakit dinasihatkan untuk mendapat rawatan susulan jika berlaku pendarahan yang berterusan selepas sesuatu rawatan.

Rawatan

Dalam banyak kes rawatan buasir, terdapat beberapa langkah yang anda boleh lakukan sendiri.

Tetapi, perlu diingatkan, ada waktunya, pengubatan atau prosedur pembedahan adalah perlu.

Jika buasir anda hanya mendatangkan rasa ketidakselesaan yang sedikit, doktor mungkin akan mencadangkan krim, ubat sapuan atau pad yang mengandungi agen antiradang.

Bahan seperti ini mengandungi steroid hidrokortison yang boleh dibeli di kaunter farmasi sebagai ubat OTC (over the counter) dan tidak memerlukan preskripsi.

Jika pesakit mengamalkan rawatan ini dengan mandian air panas, ia akan mengurangkan simptom-simptom buasir.

Jika terdapat darah beku di bahagian dalam buasir luaran, doktor akan membuang darah beku itu dengan melakukan insisi (pemotongan) ringkas yang akan melegakan rasa sakit yang dialami.

Prosedur ini biasanya akan dilakukan dengan menggunakan bius umum dan pesakit tidak akan berasa apa-apa kesakitan.

Selepas pembedahan ini dilakukan, sebagaimana pembedahan lain yang melibatkan kawasan luka pada anus, pesakit harus mencuci luka di dubur dengan kaedah mandian sitz, melibatkan rendaman dubur yang luka di dalam air suam yang dicampur larutan garam (salina) selama 15 hingga 20 minit setiap kali, 2 hingga 3 kali sehari.

Jika anda mengalami kesakitan atau perdarahan buasir yang kerap, doktor mungkin mencadangkan:

* Banding Haemorrhoids. Doktor akan meletakkan satu atau dua gelung getah di pangkal buasir dalaman untuk menyekat peredaran darah dan buasir itu akan terjatuh dalam jangka masa tertentu. Prosedur ringkas yang dikenali sebagai ligasi pita getah (rubber band ligation) boleh dilakukan di klinik doktor dan amat berkesan bagi ramai orang yang mengalami buasir peringkat 1 dan 2.

* Skleroterapi. Prosedur ini melibatkan satu larutan kimia yang disuntik di sekitar salur darah untuk mengecutkan buasir. Prosedur boleh mendatangkan komplikasi yang buruk seperti pendarahan dan jangkitan kuman di bahagian yang disuntik. Oleh sebab itu, prosedur ini amat jarang dipraktikkan oleh pakar bedah seluruh dunia.

* Lampu inframerah. Lampu inframerah yang dipancarkan selama 1 hingga 2 saat ke bahagian buasir boleh memotong peredaran darah dan mengecilkan bahagian buasir dalaman yang berdarah. Kaedah ini memerlukan penggunaan alat inframerah fotokoagulator yang berteknologi tinggi. Oleh kerana keberkesanan kaedah ini adalah sama dengan rubber banding, kaedah ini tidak begitu popular di kalangan pakar-pakar bedah.

* Pembedahan. Jika prosedur lain tidak berjaya atau jika anda mempunyai buasir yang besar, doktor pakar anda akan membuang tisu berkenaan dalam satu prosedur yang dikenali sebagai hemorhoidektomi. Pembedahan ini dilakukan sama ada dengan menggunakan bius setempat digabungkan dengan sedatif (ubat penenang), anestetik spina atau bius umum. Selalunya, ia dijalankan sebagai rawatan pesakit luar tetapi pesakit boleh bermalam di hospital jika perlu. pesakit juga boleh mendapatkan ubat jika berasa tidak selesa dan sakit selepas prosedur dijalankan. Salah satu cara melegakan rasa sakit ialah dengan kaedah mandi sitz (pesakit duduk dalam suatu tab mandi pinggul yang agak cetek). Selain itu, teknik pembedahan yang terkini seperti Stapled Haemorrhoidopexy mungkin akan mengurangkan rasa sakit yang dialami. Walau bagaimanapun, prosedur ini masih belum menjadi prosedur pembedahan yang menjadi kebiasaan untuk rawatan buasir teruk kerana keberkesanan keseluruhannya masih di dalam proses kajian.

Pencegahan

Untuk mencegah buasir atau flare-ups anda dinasihatkan supaya:

* Makan makanan berserat tinggi. Lebihkan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin di dalam diet pemakanan anda. Dengan berbuat demikian, ia akan melembutkan najis serta meningkatkan saiznya di mana ia akan mengurangkan kebarangkalian pesakit untuk meneran yang akan mengakibatkan buasir.

* Minum air yang banyak. Jumlah air yang anda patut minum setiap hari berbeza dan bergantung kepada faktor umur, jantina, kesihatan, tahap aktiviti dan faktor-faktor lain.

* Ambil makanan tambahan yang berserat. Produk yang boleh didapati di kaunter farmasi seperti Metamucil dan Citrucel akan membantu anda membuang najis yang lembut dan secara lebih kerap. Rujuk kepada doktor anda tentang penggunaan ubat yang boleh melembutkan najis.

Jika anda mengambil makanan tambahan berserat, pastikan anda minum sekurang-kurangnya 8 hingga 10 gelas air setiap hari. Jika tidak, ia akan mengakibatkan sembelit atau menjadikan buasir lebih teruk. Tambahkan pengambilan serat tambahan ke dalam diet anda secara perlahan-lahan untuk mengelakkan sebarang masalah dengan gas (angin).

* Melakukan aktiviti fizikal. Aktifkan diri anda dengan mengurangkan tekanan pada vena (pembuluh darah), yang akan terjadi apabila anda berdiri atau duduk terlalu lama. Selain mengelakkan sembelit, dengan melakukan latihan, anda juga boleh mengurangkan berat badan yang berlebihan.

* Elakkan berdiri atau duduk dalam jangka masa yang lama. Jika anda terpaksa duduk untuk jangka masa yang lama, jangan gunakan kusyen donut sebagai alas kerusi anda. Ia hanya akan meningkatkan tekanan pada vena di dalam anus.

* Elakkan meneran. Meneran dan menahan nafas ketika membuang air besar akan mengakibatkan tekanan yang kuat dalam vena di bahagian bawah rektum.

* Jika terasa ingin membuang air besar, lakukan dengan segera. Jika ditahan, najis anda akan menjadi kering dan lebih sukar untuk dibuang.

Penjagaan

kebersihan diri

Anda boleh mengurangkan rasa sakit, bengkak atau inflamasi buasir dengan penjagaan diri yang berikut:

* Menggunakan rawatan topikal. Menyapu krim buasir atau supositori yang mengandungi hidrokortison atau menggunakan pad yang mengandungi agen kebas.

* Memastikan kawasan anus bersih. Mandi setiap hari untuk membersihkan kawasan kulit di sekitar anus perlahan-lahan dengan air suam. Anda tidak perlu menyabun kawasan ini kerana ia akan menjadikannya lebih teruk. Keringkan kawasan tersebut dengan pengering rambut secara perlahan-lahan selepas mandi untuk mengurangkan kelembapan yang hanya akan mengakibatkan iritasi.

* Berendam secara konsisten dalam air mandian suam. Lakukan ini beberapa kali sehari.

* Menolak semula buasir yang prolaps (terkeluar dari kedudukan asal). Jika buasir mengalami prolaps, perlahan-lahan tolak buasir semula ke dalam ruang anus.

* Gunakan mandian sitz dengan air suam. Mandian sitz boleh diletakkan di atas tandas dan boleh didapati di farmasi atau stor perubatan.

* Jangan gunakan tisu tandas yang kering. Gunakan tisu basah atau tisu yang dibasahkan selepas membuang air besar.

* Ambil ubat secara oral (makan). Paracetamol, aspirin atau ibuprofen akan mengurangkan rasa ketidakselesaan.

Perlu diingat bahawa penjagaan kebersihan diri ini akan mengurangkan simptom tetapi ia tidak akan menghilangkan buasir. Rujuk kepada doktor pakar jika rasa sakit yang dialami tidak berkurangan dalam beberapa hari atau dengan segera jika anda mengalami sakit atau pendarahan yang teruk.
Read More......

Cantik dan sihat tanpa jerawat

CANTIK yang sihat. Bunyi macam pelik tetapi masih ramai wanita yang tidak mengetahui kesihatan merupakan elemen utama untuk sentiasa kelihatan cantik.

Wanita perlu jelas bahawa kecantikan lahir daripada kesihatan yang baik.

Bagi wanita yang sihat, mereka tidak mempunyai masalah untuk kelihatan cantik dalam apa jua keadaan.

Pencegahan semula jadi seperti ini dapat menjimatkan kos rawatan yang mencecah ribuan ringgit di samping memastikan hormon dalam diri berfungsi dengan baik.
Ini kerana hormon yang berada dalam diri kita banyak mempengaruhi kehidupan seharian.


Selain itu, pemakanan yang tidak sihat, tidur tidak cukup dan tidak melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh boleh mengakibatkan masalah jerawat, kegemukan atau penyakit berbahaya seperti kanser payu dara, sakit jantung dan sebagainya.

Tentu sahaja kita menjadi takut mendengarnya.

Bagi wanita yang mementingkan penampilan cantik, antara masalah yang paling ingin dijauhi ialah jerawat.

Sedarkah kita, sekiranya kita gagal mengawal keseimbangan hormon seks dengan sempurna, jerawat yang menjadi perkara biasa kepada wanita, boleh menjadi penyakit kulit yang serius.

Perkataan jerawat berasal daripada satu perkataan greek yang bermaksud ‘masa yang paling penting dalam hidup’.

Kajian telah menunjukkan pesakit atau individu yang mengalami masalah jerawat seringkali mempunyai masalah berkaitan harga diri, keyakinan terhadap diri sendiri, pergaulan sosial, kemurungan, kegusuran dan kadar tidak bekerja yang tinggi.

Justeru itu, penting bagi wanita menjaga kesihatan dengan amalan yang betul.

Menurut Pakar Estetik dan Antipenuaan, Alice Total Wellness, Bangsar, Kuala Lumpur, Dr. Alice Prethima Michael, asas kesihatan adalah dari dalam diri dan bergantung kepada gaya hidup hidup seseorang.

“Wanita dan lelaki perlu tahu apa yang dikatakan sihat dan cantik. Tidak dinafikan banyak pilihan rawatan untuk pelbagai penyakit zaman kini, tetapi kita sendiri perlu bijak menyusun jadual, pemakanan dan aktiviti kesihatan.

“Dengan adanya kesihatan tubuh badan luar dan dan dalam yang baik, kita dapat menampilkan diri dengan kecantikan semula jadi.

“Manakala keseimbangan hormon amat penting dalam kebanyakan aktiviti manusia termasuk mengakibatkan tumbuhnya jerawat yang besar dan banyak serta mengganggu kesuburan wanita,” jelasnya.

Alice memberitahu, apabila seseorang itu tidak dapat mengawal kesihatan dengan rutin harian yang baik, anda mungkin diserang pelbagai penyakit.

Beliau menjelaskan, mendisiplinkan diri dengan tidur yang cukup (lima hingga tujuh jam sehari), senaman yang berterusan, minum air yang banyak dan lebihkan makan sayur-sayuran yang segar adalah perlu sebagai jambatan ke arah cantik yang sihat.

“Bermula daripada langah-langkah mudah ini kita boleh mengelakkan daripada jerawat.

“Normalnya, ia merupakan penyakit kulit yang paling biasa di kalangan golongan muda.

“Secara umumnya, tapak pertumbuhan jerawat ialah di muka, belakang badan dan dada. Ia disebabkan oleh perubahan hormon seks.’’ katanya.

Menurut Dr. Alice, jerawat boleh diminimakan dan parutnya boleh dikurangkan dengan penjagaan kulit yang rapi.

“Sekiranya jerawat masih tumbuh ketika usia tua, seseorang itu perlu mencari ikhtiar untuk memastikan hormon menjadi seimbang semula,” katanya.

Alice memberitahu, jerawat melibatkan kelenjar sekresi minyak (kelenjar sebum), liang roma dan bahagian hujung folikel rambut.

Terdapat penyumbatan pada folikel rambut dan kelenjar sebum oleh sebum (minyak).

Oleh itu, bakteria pada penyumbatan itu membiak dan menghasilkan nanah pada jerawat.

Alice berkata, apabila penyumbatan sebum itu terdapat di bawah kulit, ia dikenali sebagai bintik putih, dan apabila ia mencapai permukaan kulit, ia menjadi gelap dan dikenali sebagai bintik hitam.

Jelas beliau lagi, jerawat atau acne merupakan keradangan (inflamasi) tisu pada bahagian kelenjar minyak (sebaceous) pada bahagian kulit manusia.

Alice berkata, masalah ini biasanya dialami oleh remaja apabila mereka mula mencapai tempoh kematangan.

“Lebih kurang 85 peratus daripada individu dalam lingkungan umur 12 hingga 25 tahun akan menghadapi masalah jerawat - acne vulgaris.

“Semasa proses kematangan individu, kelenjar-kelenjar minyak menjadi sangat aktif kerana penghasilan dan perubahan horman,” jelasnya.

Tambah beliau, kegagalan fungsi folikel pilosebaceous yang didorong oleh perubahan hormon androgen terutamanya semasa remaja, akan menyebabkan terjadi jerawat.

Ketika proses ini berlaku, hormon yang terlibat ialah testosteron dan ditukarkan kepada dihidrotestosteron di dalam kulit dan bertindak terus pada kelenjar minyak untuk meningkatkan saiz dan kadar metabolik.

“Bagi individu yang sensitif, penghasilan sebum yang berlebihan akan berlaku.

“Kelenjar minyak mengandungi campuran mikroorganisma yang biasa ialah propionibactium acnes.

“Kuman ini mampu mengubah sebum kepada asid lemak yang boleh menyebabkan keradangan,” jelasnya.

Alice memberitahu, bukan sahaja jerawat tetap penyakit-penyakit lain yang dialami oleh wanita mahu pun lelaki memerlukan penjagaan awal yang telah diterap dalam diri sejak dari usia muda lagi.

Tepuk dada tanya selera! Keinginan untuk memiliki kecantikan dan kesihatan yang sempurna terletak di tangan anda sendiri.
Read More......

Senaman tujuh minit bantu elak diabetes

LONDON: Senaman secara agresif dan berterusan selama tiga minit dapat membantu mengelakkan diabetes kerana dipercayai dapat mengawal kandungan gula dalam darah, kata penyelidik Britain.

Hasil kajian yang disiarkan dalam jurnal BioMed Central Endocrine Disorders menunjukkan orang ramai yang tidak mampu memenuhi garis panduan kerajaan menggesa senaman secara sederhana hingga bersungguh-sungguh selepas beberapa jam seminggu masih boleh mendapat manfaat daripada bersenam.


“Ia cuma jumlah senaman yang boleh anda lakukan tanpa berpeluh. Anda boleh menjadikan cara senaman itu berkesan seolah-olah melakukannya selama berjam-jam dan latihan berterusan setiap minggu,” kata pakar biologi senaman di Universiti Heriot-Watt di Edinburgh, James Timmons, yang mengetuai kajian.

Timmons dan pasukannya menunjukkan senaman cuma tujuh minit setiap minggu membantu sekumpulan 16 lelaki dalam lingkungan usia 20-an mengawal insulin mereka.

Sukarelawan yang berkeadaan gemuk tetapi sihat, mengayuh basikal senaman sebanyak empat kali sehari selama 30 saat dan melakukan-nya dengan pantas dua kali seminggu.

Selepas dua minggu, mereka mencatatkan kemajuan 23 peratus keadaan tubuh mereka bertambah baik dalam menggunakan insulin secara berkesan untuk membersihkan glukos dari saluran darah, kata Timmons.

Kesan itu berpanjangan sehingga 10 hari selepas pusingan akhir senaman. - Agensi

“Idea mudahnya ialah jika anda melakukan pengecutan otot ketika berlari atau berkayuh anda menaikkan kemampuan insulin untuk membersihkan glukos dari saluran darah,” katanya. - Agensi
Read More......

Cara mencapai kesihatan optimum bagi pesakit jantung

SAMUEL (bukan nama sebenar) pernah menjadi contoh orang yang sihat dan dicemburui oleh rakan-rakan sebaya. Dia bersenam setiap hari, makan secara sihat, mengambil alkohol secara sederhana dan tidak pernah merokok.

Tetapi, tugasnya sebagai seorang pengarah urusan yang sibuk penuh dengan ketegangan menyebabkan dia tidak dapat tidur malam.

Tambahan pula, kedua-dua ibu bapa Samuel menderita serangan jantung sebelum mereka mencecah usia 55.
Ketika berlari di atas mesin penginjak pada suatu hari, Samuel, yang pada masa itu berusia 49 tahun, berasa sakit yang mencucuk di tengah dadanya dan mula berpeluh dengan cepat.

Dia menjerit meminta bantuan dan dikejarkan ke hospital. Ya, dia telah mengalami serangan jantung, namun mujurlah, serangan itu dianggap ringan dan selepas pemulihan beberapa bulan, dia kembali seperti biasa.

Terkejut dengan kejadian itu, Samuel mula belajar mengurangkan ketegangan dan memperlahankan rentak kerjanya.


Jika anda mengalami mana-mana daripada simptom ini–rasa sakit, sesak dada atau tekanan dalam dada, nafas singkat, sakit di rahang, leher, lengan, bahu atau belakang, rasa mual, berpeluh sejuk atau rasa pening dan pitam–ini adalah tanda-tanda amaran serangan jantung akan tiba.

Serangan jantung berlaku apabila saluran yang membekalkan darah ke otot jantung tersumbat, membawa kepada kematian sel otot jantung.

Penyakit kardiovaskular adalah pembunuh nombor satu di kalangan lelaki dan wanita Malaysia.

Wabak penyakit kardiovaskular global meragut 17 juta nyawa atau kira-kira satu pertiga daripada kematian di serata dunia pada setiap tahun.

Bukan semua orang bernasib baik seperti Samuel dan walaupun sesetengah faktor adalah di luar kawalan kita contohnya jantina, keturunan dan ras, terdapat banyak langkah yang boleh diambil untuk mendapatkan jantung yang sihat.

Di antara faktor risiko yang boleh dikawal termasuk kolesterol darah yang tinggi, merokok, tekanan darah tinggi, ketiadaan aktiviti fizikal dan obesiti.

Merokok adalah salah satu punca utama serangan jantung yang meletakkan tekanan tambahan ke atas jantung kerana ia menyebabkan saluran darah menekan ke bawah atau mencerut.

Jika saluran darah menjadi sempit dan rosak kerana penyakit jantung, merokok memburukkan lagi masalah itu.

Tekanan darah 140/90 atau ke atas adalah dianggap tinggi dan memaksa jantung bekerja lebih kuat. Jika tidak dikawal, ia meningkatkan risiko serangan jantung, angin ahmar atau masalah buah pinggang.

Turunkan angka itu dengan bersenam, mengurangkan berat badan, mengurangkan pengambilan garam atau mengambil ubat.

Aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 30 minit pada kebanyakan hari dapat memperbaiki paras kolesterol darah, tekanan darah dan gula darah (yang mana adalah kebimbangan utama bagi penghidap diabetes).

Kandungan gula yang tinggi dalam darah boleh mempercepatkan timbunan lemak dalam arteri koronari.

Lemak tubuh yang berlebihan adalah dikaitkan dengan tekanan darah tinggi, diabetes dan awal penyakit jantung, oleh itu kawal apa yang anda masukkan ke perut.

Bentuk tubuh dan ukuran pinggang anda juga adalah petunjuk risiko penyakit jantung. Jika ukuran pinggang anda adalah 94sm (37in) dan ke atas untuk lelaki atau 80sm (32in) dan ke atas untuk wanita, anda memang berisiko.

Jika ukuran pinggang anda ialah 102sm (40in) dan ke atas untuk lelaki atau 88sm (35in) dan ke atas untuk wanita, anda mempunyai risiko yang lebih tinggi. Oleh itu, jaga pinggang anda!

Jika anda seorang pesakit jantung, jangan risau. Anda juga boleh mempunyai hidup yang berkualiti dengan syarat anda mengubah gaya hidup dan mengambil langkah berjaga-jaga.

Menurut Persatuan Jantung Amerika, aktiviti seperti berjalan, berjoging dan berenang membantu mengekalkan kecergasan sistem kardiovaskular dan hampir semua orang boleh melakukannya.

Tetapi, sesetengah orang dengan kecacatan jantung perlu membataskan aktiviti mereka.

Selalunya ini bererti melepaskan sukan yang kompetitif serta senaman tertentu termasuk senaman isometrik, angkat berat, memanjat tali, duduk tegak, tarik paras dagu dan tekan tubi.

Sukan berintensiti rendah seperti golf dan aktiviti seperti menari, berenang santai, berbasikal dan berjalan langkah panjang tidak banyak membawa penekanan ke atas jantung.

Beban kerja jantung anda boleh ditingkatkan dalam dua cara: dengan meningkatkan jumlah darah yang dipamkan oleh jantung, dan mengepam pada tekanan darah yang lebih tinggi.

Aktiviti fizikal membuatkan jantung anda bekerja lebih kuat tetapi jumlah kerja tambahan yang diperlukan untuk jantung adalah berbeza daripada satu individu kepada individu yang lain.

Petua untuk jantung yang lebih muda dan sihat:

* Berhenti merokok. Cuba sahaja belum cukup tetapi terus berhenti

* Jaga diet anda. Makan dan hiduplah secara sihat

* Bersenam. Bergerak sekurang-kurangnya 30 minit sehari, empat kali seminggu

* Kenali isyarat ketegangan dan belajar cara mengurangkannya

* Kekalkan motivasi dan bersikap positif

* Lakukan saringan perubatan dan ujian ketegangan tahunan.

Jika tidak ada sejarah penyakit jantung, diabetes, hipertensi atau obesiti dalam keluarga, lakukan saringan perubatan dan ujian ketegangan tahunan menjelang usia 35 (lelaki) dan 40 (wanita).
Read More......

Darah tinggi pembunuh senyap

SALAH satu sebab mengapa penyakit darah tinggi `diabaikan' ialah kerana ia langsung tidak menunjukkan sebarang gejala `menakutkan' yang dapat dilihat dengan mata kasar. Pada masa yang sama, ia juga mengambil masa bertahun-tahun untuk meninggalkan kesan kepada penghidapnya.

Justeru, tidak hairanlah jika kita `kurang berminat' untuk mempedulikan bacaan tekanan darah setiap kali menjalani pemeriksaan doktor. Malah, rata-rata juga beranggapan bahawa darah tinggi atau dalam istilah perubatannya, hipertensi ini bukanlah satu ancaman kepada kesihatan.

Tanggapan dan penilaian sebegini menyebabkan kita melakukan satu kesilapan yang cukup besar. Hipertensi, yang diklasifikasikan sebagai `penyakit senyap' inilah sebenarnya penyumbang utama kepada banyak penyakit yang serius.

Ini termasuklah penyakit jantung, angin ahmar (strok) dan kegagalan buah pinggang berfungsi. ``Secara tidak langsung, ia juga mempunyai impak yang besar pada ekonomi kerana kos penjagaan pesakit meningkat dan kehilangan produktiviti akibat pesakit tidak dapat bekerja,'' demikian menurut Ketua Jabatan Nefrologi, Jabatan Perubatan, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr. Zaki Murad.

Kurangnya kesedaran dan minat orang ramai untuk mengambil tahu berhubung hipertensi ini menyebabkan kadar peratusannya cukup membimbangkan. Di negara ini sahaja, tinjauan Mobiditi dan Kesihatan Kebangsaan pada 1996 mendapati, 30 peratus penduduk yang berusia 30 tahun ke atas menghidap hipertensi.

Hipertensi merupakan satu keadaan di mana bacaan tekanan darah melebihi 140/90 meningkat secara berterusan. Seseorang itu diklasifikasikan sebagai penghidap hipertensi setelah ujian ulangan dilakukan beberapa kali. Bagaimanapun, seseorang tidak dikategorikan sebagai penghidap hipertensi jika bacaan tekanan darah yang melebihi paras biasa hanya sekali.

Hipertensi berlaku apabila arteri-arteri atau dinding cabang pembuluh darah halus menjadi keras dan menyukarkan darah melaluinya. Kesannya, tekanan darah meningkat dan menyebabkan jantung terpaksa bekerja lebih kuat. Sekiranya bacaan tekanan darah kekal pada kadar 140/90 atau lebih, ini bermakna anda menghidap hipertensi.

Setiap hari jantung akan berdenyut lebih daripada 100,000 kali. Darah akan dipam dari jantung ke seluruh pembuluh darah setiap kali jantung berdenyut. Di antara degupan jantung, tekanan dalam dalam pembuluh akan menurun. Bacaan tekanan darah direkodkan dalam dua nombor, contohnya 120/80.Nombor yang pertama, 120, adalah tekanan darah pada dinding pembuluh darah apabila proses degupan jantung berlaku. Ia juga dikenali sebagai sistolik. Manakala, nombor kedua, 80, merupakan tekanan pada pembuluh darah ketika jantung berehat antara degupan jantung. Ia dikenali sebagai diastolik.

Hipertensi tidak memilih jantina di kalangan penghidapnya.

Secara purata, dianggarkan satu per tiga penduduk di seluruh dunia menghidap hipertensi. Kajian di Amerika Syarikat (AS), mendapati kekerapan menghidap hipertensi lebih tinggi di kalangan penduduk negara itu, terutama mereka yang berketurunan Afrika dan Caribbean.

Menurut Dr. Zaki, sebagai langkah mencegah dan menangani hipertensi lebih berkesan, garis panduan rawatan hipertensi diperkenalkan khusus untuk pengamal perubatan.

Garis panduan praktik klinikal (CGPs) edisi ke-2 ini adalah hasil usaha panel Garis Panduan Rawatan Hipertensi Malaysia, Kementerian Kesihatan, Akademi Perubatan Malaysia dan Persatuan Hipertensi Malaysia.

``Garis panduan ini diterbitkan untuk menyelaraskan amalan pengamal perubatan di seluruh negara apabila merawat pesakit hipertensi,'' katanya ketika ditemui, baru-baru ini. Pada masa yang sama, orang ramai dinasihatkan mengambil peluang menjalani pemeriksaan tekanan darah setiap kali berjumpa doktor.

Menurut Dr. Zaki, oleh kerana hipertensi adalah pembunuh senyap, pesakit dinasihatkan supaya mematuhi jadual ubat-ubatan yang ditetapkan. ``Kegagalan pesakit mematuhi jadual rawatan ubat-ubatan yang ditetapkan menyebabkan masalah ini sukar dikawal.

``Malah, risiko menghidap penyakit kronik seperti serangan jantung, angin ahmar dan kegagalan buah pinggang berfungsi juga tinggi,'' katanya. Beliau tidak menafikan, ubat-ubatan antihipertensi yang perlu diambil seumur hidup ini mempunyai kesan sampingan tersendiri.

Namun, katanya orang ramai tidak perlu bimbang dengan generasi baru ubat-ubatan antihipertensi kerana sebahagian besarnya mempunyai kesan sampingan yang terlalu sedikit. Menangani hipertensi tanpa ubat-ubatan (non pharmacological management) melalui perubahan gaya hidup juga memainkan peranan penting dalam menangani hipertensi.

Ini termasuklah:

* Mengawal berat badan
* Mengurangkan pengambilan garam
* Tidak mengambil minuman keras
* Melakukan senaman secara kerap
* Pemakanan sihat
* Berhenti dari merokok.

Jenis hipertensi

Hipertensi essential (HE)

Ia diwarisi secara keturunan dan faktor persekitaran. Dianggarkan 90 peratus mereka yang menghidap hipertensi terdiri daripada jenis ini. HE ini tidak boleh dicegah, tetapi kesannya dicegah.

Seseorang lebih cenderung mendapat hipertensi ini sekiranya mereka mengambil makanan yang mengandungi garam yang tinggi. Tekanan juga, dikenal pasti sebagai faktor penyumbang hipertensi jenis ini.
Hipertensi sekunder

Ia disebabkan oleh penyakit-penyakit hormon, jantung, ubat-ubatan, kegagalan buah pinggang dan sebagainya.

Gejala

Hipertensi tidak menunjukkan sebarang gejala kepada penghidapnya. Bagaimanapun, jika hipertensi terbabit agak serius, individu terbabit biasanya mengalami:

* Sakit kepala.

Apakah yang meningkatkan tekanan darah?

Tekanan darah meningkat sekiranya ada tindak balas pada aktiviti lasak seperti senaman dan terkejut. Keadaan seperti ini menyebabkan aliran darah yang membawa oksigen bertambah dan tekanan darah meningkat.

Dalam keadaan sejuk secara tiba-tiba, kapilari darah bawah kulit akan mengecut untuk menyimpan haba tubuh. Keadaan ini juga, meningkatkan tekanan darah. Kesemua tindak balas ini dikawal oleh sistem saraf pusat.

Peningkatan dan penurunan tekanan darah bergantung pada perubahan aktiviti. Ia juga cenderung untuk meningkat seiring dengan peningkatan usia. Sekiranya, bacaan tekanan darah meningkat setelah beberapa kali ujian dilakukan, ia dikenali sebagai hipertensi. Bagaimanapun, jika bacaan ini menurun pada tahap tertentu, ia dikenali sebagai hipotensi.

Klasifikasi ini berdasarkan bacaan purata yang diambil dua kali atau lebih setiap kali berjumpa doktor, selepas lawatan imbasan peringkat permulaan. Apabila tekanan darah sistolik dan diastolik termasuk dalam pelbagai kategori, kategori tertinggi akan dipilih untuk mengklasifikasikan tekanan darah individu terbabit.



Read More......

Jerawat - Jangan pandang remeh

“SAYA tak tahu lagi apa yang perlu saya buat. Bermacam-macam ubat dan petua saya dah cuba tapi jerawat tak mahu hilang juga. Kadang-kadang malu juga melihat keadaan wajah saya lebih-lebih lagi apabila bertemu dengan orang. Pernah saya tidak datang satu temuduga kerja kerana malu dengan muka saya yang penuh jerawat.”

Demikian antara luahan hati Norlia Ahmad, seorang remaja yang pemalu dan lebih suka menyendiri gara-gara kurang keyakinan disebabkan masalah jerawat yang agak serius dialaminya.

Norlia tidak berseorangan, sebaliknya ramai lagi remaja menghadapi masalah sama kerana mereka merupakan golongan yang paling mudah mengalami jerawat iaitu antara 80 peratus hingga 90 peratus.
Malah lebih teruk, kira-kira 30 peratus remaja yang berjerawat akan terus mempunyai masalah itu sehingga mereka dewasa.

Profesor Perubatan Mikrobiologi dari Universiti Perubatan Antarabangsa Malaysia (IMU), Prof. Ong Kok Hai berkata, untuk mengatasi masalah jerawat, seseorang terlebih dahulu perlu mengetahui punca yang menyebabkan keadaan tersebut berlaku.

Secara umum katanya, jerawat adalah keadaan abnormal pada kulit akibat gangguan rembesan berlebihan kelenjar minyak (sebaceous gland) hingga menyebabkan saluran folikel rambut atau liang roma tersumbat.

Ini menyebabkan radang (bengkak) yang biasanya terjadi pada dada, belakang badan dan muka - bahagian paling kerap dijangkiti.

“Kita perlu faham bahawa kulit mempunyai banyak lapisan. Lapisan paling atas akan bertukar setiap 28 hari dan mengelupas sebagai sel mati. Dalam keadaan tertentu sel mati ini termasuk ke dalam liang-liang roma.

“Apabila liang-liang roma ini mengeluarkan minyak ia bercampur dengan sel-sel mati lalu membentuk gumpalan yang menyekat liang-liang roma,” katanya.

Menurut Kok Hai, jika tidak dikeluarkan, gumpalan ini memerangkap bakteria P. acnes di dalam liang roma tersebut sehingga menyebabkan radang dan seterusnya timbul jerawat.

Menurut Kok Hai, kebiasaannya jerawat bermula dengan kelihatan seperti bisul atau benjolan kecil pada kulit berwarna keputihan atau kemerahan.

Menurutnya lagi, punca sebenar terbentuknya jerawat tidak diketahui, bagaimanapun para doktor telah menyatakan beberapa faktor yang mungkin boleh dikaitkan sebagai penyebab masalah kulit itu.

Antaranya, peningkatan hormon di peringkat remaja menyebabkan kelenjar minyak menghasilkan lebih banyak minyak sebum, oleh itu liang roma tersumbat dengan lebih kerap.

Menurutnya, hasil penelitian menunjukkan sebanyak 85 peratus mengalami jerawat pada usia 12-25 tahun, 15 peratus mengalaminya hingga usia 25 tahun.

“Jika tidak diatasi dengan baik, gangguan jerawat boleh berlarutan sehingga usia seseorang mencecah 40 tahun,” katanya.

Jerawat juga kerap berlaku ketika wanita hamil berikutan perubahan hormon atau ketika permulaan dan pemberhentian penggunaan pil perancang kehamilan.

“Jerawat juga dikaitkan dengan keturunan di mana biasanya jika ibu bapa mempunyai masalah tersebut anaknya juga mungkin menghadapi masalah yang sama,” katanya.

Keyakinan

Kok Hai berkata, selain menimbulkan bekas yang menjejaskan penampilan, kesan utamanya adalah pada jiwa seseorang, seperti krisis keyakinan diri yang rendah dan kemurungan.

Justeru menurutnya masalah tersebut tidak harus dipandang remeh khususnya oleh golongan remaja dengan mengharapkan ia hilang sendiri apabila meningkat usia.

Rawatan biasa bagi jerawat adalah dengan menyapu krim yang mengandungi bahan-bahan kimia aktif seperti antiseptik atau antibakteria yang berfungsi untuk membunuh bakteria.

Namun katanya, krim hanya bertindak membunuh bakteria dari luar dan ia jarang menyelesaikan masalah jerawat hingga ke akar umbi.

“Sebab itu kita akan lihat dalam jangka masa singkat bengkak jerawat kering tetapi jerawat baru tumbuh lagi,” katanya.

Bagi yang mengalami masalah jerawat yang lebih serius biasanya mereka akan berjumpa doktor di mana akan diberi oral antibiotik (untuk dimakan).

Ia akan bertindak melawan jerawat dari dalam ke luar dan cara ini lebih berkesan berbanding sapuan krim.

Begitupun pengambilan antibiotik yang berlarutan akan menimbul kesan sampingan pada tubuh badan.

Jenis jerawat

* Whiteheads - jenis jerawat yang kekal tinggal di bawah permukaan kulit.

* Blacheads - jerawat ini timbul ke permukaan kulit dan kehitaman.

* Papul - bonjolan kecil berwarna merah jambu yang mungkin berasa sakit jika disentuh.

* Pustul - jerawat ini berwarna kemerahan di pangkal dan bernanah di bahagian atas.

* Nodul - jerawat yang besar, menyakitkan dan padu yang terdapat di dalam kulit.

* Sista - jerawat bernanah yang dalam dan menyakitkan dan boleh meninggalkan parut.

Read More......

Kesihatan optimum pesakit diabetes

Oleh: DR. RAJBANS SINGH

TAHUKAH anda bahawa hampir 1.2 juta rakyat Malaysia menghidap diabetes dan malah separuh daripada mereka tidak menyedarinya?

Dan 30 peratus daripada jumlah penduduk mempunyai berat badan yang berlebihan dan ini membuatkan mereka berisiko mendapat penyakit itu?

Oleh itu wajarlah anda mengambil tahu dan melakukan sesuatu mengenainya!

Diabetes adalah keadaan kesihatan kronik di mana tubuh tidak mampu menghasilkan insulin dan penguraian gula (glukosa) yang betul di dalam darah.

Simptom-simptom termasuk rasa lapar, dahaga, kencing berlebihan, penyahhidratan dan kehilangan berat badan.

Rawatan diabetes memerlukan suntikan insulin setiap hari, pemakanan yang betul dan senaman yang kerap. Terdapat dua jenis diabetes yang utama.

Pergantungan pada insulin (jenis 1) di mana tubuh tidak menghasilkan sebarang insulin dan kebanyakannya berlaku di kalangan kanak-kanak dan dewasa muda.

Orang yang menghidap diabetes jenis 1 mesti mengambil suntikan insulin setiap hari untuk terus hidup.

Diabetes bukan bergantung pada insulin (jenis 2) pula adalah gangguan metabolik yang berlaku akibat ketidakmampuan tubuh menghasilkan insulin yang cukup atau insulin yang diguna dengan betul.

Ia adalah bentuk lazim penyakit ini dan sebahagian besarnya disebabkan oleh gaya hidup sedentari (yang tidak banyak bergerak) dan berat badan berlebihan.

Diabetes, jika dibiarkan tanpa rawatan, boleh menyebabkan komplikasi lain dan mungkin membawa maut. Ia adalah pembunuh senyap.

Bagaimanapun, penghidap diabetes boleh mencapai kesihatan optimum dengan mengubah gaya hidup mereka dan mematuhi peraturan tertentu.

Pengurusan diabetes yang betul adalah penting dalam mengelakkan komplikasi jangka panjang yang serius, yang timbul akibat gula darah yang tinggi.

Diabetes yang tidak diurus (atau diurus dengan teruk) boleh mendatangkan komplikasi perubatan yang serius seperti menjadi buta, pemotongan anggota badan, atau kerosakan kekal pada organ dalaman.

Ternyata sekali, pengurusan diabetes adalah sesuatu yang pesakit diabetes mesti lakukan secara serius.

Menurut Persatuan Diabetes Malaysia (www.diabetes.org.my), pemakanan yang disertakan dengan senaman dan ubat (insulin atau pil diabetes), adalah penting bagi mengawal diabetes iaitu mengekalkan paras gula darah seberapa normal yang boleh (paras untuk bukan pesakit diabetes).

Tiada satu pun makanan yang boleh membekalkan semua nutrien yang tubuh anda perlukan, oleh itu pemakanan yang bagus bererti makan pelbagai makanan.

Nutrien utama dalam makanan adalah karbohidrat, protein, lemak, vitamin, dan mineral. Nutrien membantu tubuh anda bekerja dengan betul dan membuatkan tubuh muda membesar.

Karbohidrat memberikan anda tenaga. Pilihan yang menyihatkan adalah kacang kering, kacang pis dan dal; roti bijirin penuh, bijian, dan biskut rangup, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Protein diperlukan untuk tumbesaran dan menjadi bekalan tenaga sokongan yang baik. Pilihan yang sihat termasuk daging tanpa lemak dan tenusu rendah lemak.

Makanan tinggi serat juga menyihatkan. Serat datang daripada tumbuhan dan boleh membantu menurunkan paras gula darah dan paras lemak darah.

Makanan tinggi serat termasuk bijian bran, kacang dan pis yang telah dimasak, roti bijirin penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Penghidap diabetes harus mengurangkan makanan yang tinggi kandungan gulanya seperti kek dan pai bersalut gula, makanan sarapan yang manis, gula biasa, madu dan sirap.

Satu tin minuman ringan 12 auns mempunyai sembilan sudu teh gula. Jika boleh, elakkan sama sekali pengambilan alkohol kerana ia mengandungi jumlah gula yang membimbangkan.

Hidup dengan diabetes boleh membawa tekanan. Melakukan ujian gula darah, mengambil ubat, dan mengikuti pelan sajian anda memerlukan usaha tambahan dan boleh menyebabkan tekanan, yang akan menaikkan paras gula darah anda.

Ini memang kitaran yang kejam, sebenarnya. Walaupun sesetengah tekanan memang baik untuk anda, belajar mengatasi tekanan adalah penting.

Apabila anda berasa terlalu tertekan, cuba bertenang dan berehat. Jika anda berada di rumah, anda mungkin mahu berbaring di atas kerusi, melelapkan mata dan mendengar muzik.

Senaman yang kerap adalah bahagian penting dalam pengurusan diabetes jangka panjang.

Disebabkan neuropati periferal sering mempunyai kesan serius ke atas jisim otot dan kawalan tangan serta kaki, senaman membina otot boleh menjadi satu cara menguruskan sesetengah kesan fizikal diabetes.

Membangunkan rutin latihan berat berkesan yang anda boleh lakukan dengan senang di rumah sendiri boleh menjadikan bahagian pengurusan diabetes ini lebih mudah berbanding membuat komitmen untuk pergi ke gim secara kerap.

Luangkan masa selama 30 minit setiap hari untuk bersenam, walaupun cuma berjalan pantas. Minta nasihat doktor anda memilih senaman yang sesuai untuk anda.

Diabetes adalah penyakit sepanjang hayat dan kawalannya berada di tangan anda.
Read More......

Feb 4, 2009

Angkara steroid

Kalau ia membuatkan seseorang atlet lebih berotot sasa dan menambah kuasa, mengapa steroid tidak baik untuk kesihatan seseorang? Hakikatnya, walaupun ia digunakan dalam rawatan perubatan bagi kes tertentu, ia meninggalkan pelbagai kesan sampingan yang ‘menakutkan’ untuk didengar, khususnya di kalangan lelaki.

Pertama sekali, jangan keliru antara steroid anabolik dengan kortikosteroid. Steroid anabolik digunakan untuk membina otot manakala kortikosteroid bertindak mengurangkan respons imun aktif dan meredakan kebengkakan.


Steroid anabolik yang disalah guna oleh atlet merupakan versi sintetik bagi hormon lelaki iaitu testosteron. Namun, bagi semua jenis hormon yang diganggu proses semula jadi dan fungsi asasnya boleh mengakibatkan banyak masalah.

Ia meninggalkan kesan terhadap keseluruhan tubuh dan antara kesan yang paling sensitif adalah apabila ia menjejaskan upaya seksual dan juga usia.

Lelaki yang mengambil steroid anabolik berisiko mempunyai payu dara yang besar, merasai kesakitan ketika zakar menegang dan juga saiz testikel yang mengecut. Lebih teruk, ia mengurangkan kiraan sperma dan akhirnya seseorang lelaki berhadapan dengan masalah ketidaksuburan dan juga mati pucuk.

Read More......

Kekacauan hormon Tiroid masalah sepanjang hayat

NUFERA: MAKANAN BERFUNGSI LENGKAP http://nufera-virgin-coconut-oil.blogspot.com/

Hipotiroidisme tidak terhad pada usia tertentu, gagal dikesan kerana gejala tidak ketara, sangat umum

PENYAKIT tiroid sebenarnya masalah kesihatan yang kerap berlaku di seluruh dunia. Malah, ada kajian yang menunjukkan penyakit tiroid menjejaskan lebih 200 juta warga dunia. Antara masalah tiroid yang kerap terjadi adalah hipotiroidisme, tetapi kebanyakan pesakit tidak menyedarinya.

Secara lebih jelas, hipotiroidisme merujuk kepada satu daripada masalah gangguan hormon. Ia terjadi apabila kelenjar tiroid gagal menghasilkan hormon tiroid yang cukup untuk memenuhi keperluan tubuh.
Kelenjar tiroid adalah kelenjar endokrin berbentuk rama-rama yang secara normal terletak pada bahagian hadapan bawah leher dan berfungsi menghasilkan hormon tiroid. Hormon tiroid yang utama ialah T4 yang mengandungi molekul iodin.

Hormon tiroid penting dalam membantu setiap sel tisu dan organ berfungsi dengan baik. Justeru, ia membantu tubuh bertenaga, memastikan tubuh sentiasa panas selain otak, jantung, otot dan organ lain berfungsi dengan baik.


Dari segi angka, seorang daripada enam wanita dan seorang daripada 12 lelaki akan mengalami masalah hipotiroidisme pelbagai peringkat dalam jangka hayat mereka. Selain itu, antara 10 hingga 20 peratus wanita berusia 40 tahun ke atas akan mengalami kekacauan tiroid.

Pakar Perunding Endokrinologi Hospital Putrajaya, Dr Zanariah Hussien, berkata kekacauan tiroid secara umum terjadi di kalangan tujuh hingga lapan peratus wanita manakala dua peratus lelaki. Malah, bagi kes hipotiroidisme kongenital (sejak lahir) ia membabitkan janin yang masih dalam rahim.

“Masalah yang paling utama, ia gagal dikesan kerana gejalanya yang tidak begitu ketara dan sangat umum. Selalunya pada peringkat awal, pesakit akan mengadu rasa letih dan mengantuk selain sakit serta sengal dengan daya ingatan atau tumpuan yang lemah. Justeru, pesakit dan doktor yang merawat akan mengaitkan simptom itu sebagai kesan tekanan atau sebahagian proses penuaan,” katanya.

Katanya, hipotiroidisme tidak terhad pada usia tertentu kerana ia boleh berlaku pada janin, malah pada warga emas berusia 80 tahun ke atas.


Read More......

Radang tonsil perlu dibuang

NUFERA: MAKANAN BERFUNGSI LENGKAP http://nufera-virgin-coconut-oil.blogspot.com/

SAMA ada sedar atau tidak, setiap manusia mempunyai dua kelenjar dinamakan tonsil yang terletak di bahagian kiri dan kanan rongga mulut (orofarinks) atau bahasa mudahnya pangkal lidah. Ia berfungsi menapis virus dan bakteria daripada memasuki saluran pernafasan, sekali gus menjadikannya satu daripada sistem pertahanan badan.

Namun, tonsil kadangkala gagal melaksanakan fungsinya apabila tidak lagi mampu menahan serangan virus dan bakteria. Akibatnya, tonsil mengalami radang atau inflamasi, membengkak dan boleh mencapai saiz besar sehingga boleh menyempitkan laluan makanan, malah mengganggu pernafasan.
Seperti dipaparkan dalam rancangan Medik TV, Mohd Amer Daniel, 10, berdepan masalah kegagalan fungsi tonsil, mengakibatkan kesihatannya sering terganggu.

Kanak-kanak itu yang mula berdepan masalah berkenaan sejak 2004 kerap mengalami sakit tekak dan demam selesema. Pelajarannya turut terganggu berikutan kerap mengambil cuti sakit.

Meskipun mengambil ubat seperti disarankan doktor, masalah itu tetap berulang. Sehingga awal Mac lalu, keadaan Mohd Amer semakin membimbangkan apabila kerap muntah apabila menjamah makanan.

Apabila menemui Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak Hospital Pakar Kuantan, Dr Srinovianti Noerdin, Mohd Amer dikesan menghidap penyakit tonsilitis yang berpunca daripada radang tonsil, malah pemeriksaan dilakukan turut mengesan jangkitan pada bahagian hidungnya.


Menurut Dr Srinovianti, memandangkan masalah sakit tekak dan demam yang kerap berulang, penyakit Mohd Amer tergolong dalam kategori ‘recurrent tonsilitis’, iaitu radang tonsil berulang.

“Mohd Amer turut dikesan menghidap resdung (jangkitan pada bahagian hidung) dan kemungkinan lendir yang terhasil akibat penyakit ini menyebabkan radang dan bengkak pada tonsil.

“Justeru, supaya Mohd Amer tidak lagi menderita sakit, jalan terbaik ialah membuang bahagian tonsil yang membengkak dan mempunyai radang itu,” katanya.

Dr Srinovianti berkata, masalah radang tonsil boleh berlaku pada semua peringkat umur, tetapi bagi kanak-kanak, kebiasaannya radang itu tertumpu di bahagian tisu tonsil saja.

“Bagi orang dewasa, radang tonsil bukan saja membabitkan tisu tonsil, tetapi juga bahagian rongga mulut atau orofarinks.

“Jika dibuat pembedahan pada kanak-kanak, masalah sakit tekak atau demam akibat penyakit berkenaan dapat dikurangkan, malah boleh sembuh sepenuhnya. Bagaimanapun, bagi orang dewasa, tiada jaminan untuk sembuh sepenuhnya,” katanya.




Read More......

Mengatasi masalah sembelit

NUFERA: MAKANAN BERFUNGSI LENGKAP http://nufera-virgin-coconut-oil.blogspot.com/

Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN

SEMBELIT merupakan suatu keadaan pengosongan usus yang jarang berlaku, najis atau tinja (feses) adalah keras dan kecil atau perkumuhan feses menjadi sukar.

Ia mungkin mengakibatkan kesakitan dan jika keadaan serius, boleh mengakibatkan tanda-tanda usus yang tersumbat.

‘‘Obstipation merujuk kepada penyakit sembelit yang serius. Sembelit terjadi mungkin disebabkan oleh cara pemakanan, perubahan hormon, kesan sampingan dari ubat dan perubahan struktur badan manusia.
‘‘Sembelit boleh dirawat dengan perubahan cara pemakanan (menambahkan fiber dalam makanan), pengambilan ubat pelawas atau laksatif (julap), enema dan pembedahan,’’ kata Pakar Bedah, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan, Dr. Abd. Hamid Mat Sain. ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan, Dr. Abd. Hamid Mat Sain.

*Tanda-tanda awal

Bagi kes sembelit yang biasa, bahan buangan adalah keras dan sukar untuk dikeluarkan.

Meneran mungkin akan menyebabkan hemoroid (buasir) dan fisur anus (perekahan kulit dubur).

Menurut Dr. Abd. Hamid, bahagian abdomen mungkin membengkak, rasa ketegangan dan kadangkala bunyi pergerakan usus yang kuat dari biasa boleh kedengaran.

‘‘Ramai yang berfikir bahawa adalah perlu bagi seseorang itu melakukan perkumuhan usus (membuang air besar) setiap hari.

‘‘Namun begitu, ia adalah normal jika seseorang itu membuang air besar sebanyak sekali dalam seminggu kerana ini tidak akan menyebabkan sebarang tanda,’’ ujar beliau.

Ini bergantung kepada tabiat pemakanan, senaman dan lain-lain faktor.

Dr. Abd. Hamid berkata, kes-kes serius (impaksi feses) mungkin akan memperlihatkan tanda-tanda usus tersumbat (muntah) dan cirit-birit paradoksikal di mana bahan buangan yang cair dari usus kecil melepasi bahan terimpak di dalam kolon dan keluar dari dubur.

Sembelit di kalangan kanak-kanak boleh mengakibatkan najis terkeluar dengan tidak terkawal (enuresis; perkumuhan air kencing secara tidak sengaja terutama membasah tilam pada waktu malam dan enkopresis; inkontinens feses. Istilah ini digunakan untuk kekotoran feses berkaitan dengan gangguan psikiatrik)

*Diagnosis

Keterangan oleh pesakit mengenai gejala-gejala pesakit membolehkan diagnosis dibuat.

‘‘Dari aspek tabiat pemakanan, didapati mereka yang mengalami sembelit disebabkan oleh kekurangan dalam pengambilan makanan yang mengandungi fiber atau cecair.

‘‘Sembelit yang disebabkan oleh kekurangan pergerakan mungkin terjadi di kalangan orang dewasa.

‘‘Kesan dari pengambilan ubat-ubatan juga boleh mengakibatkan sembelit (antidepresan dan opiat). Tanda-tanda yang menunjukkan hipotiroidisme jarang ditemui,’’ terang beliau.

Semasa pemeriksaan fizikal, kata Dr. Abd. Hamid, sibalum iaitu seketul atau sekelompok najis yang ketara mungkin dapat dikesan.

Pemeriksaan rektal (dubur) dapat memberikan gambaran ton sfinkter anal (gelang otot sekeliling dubur) dan sama ada rektum - bahagian akhir usus besar mempunyai sebarang najis.


SEMBELIT merupakan suatu keadaan pengosongan usus yang jarang berlaku, najis atau tinja (feses) adalah keras dan kecil atau perkumuhan feses menjadi sukar.

petua sembelit, masalah sembelit, sembelit pada bayi, ubat sembelit, sembelit video, petua sembelit

Ia mungkin mengakibatkan kesakitan dan jika keadaan serius, boleh mengakibatkan tanda-tanda usus yang tersumbat.

petua sembelit, masalah sembelit, sembelit pada bayi, ubat sembelit, sembelit video, petua sembelit


petua sembelit, masalah sembelit, sembelit pada bayi, ubat sembelit, sembelit video, petua sembelit

** PENAFIAN - Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenalpasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih & bertauliah untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian. Semua testimoni adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna dan belum diuji secara klinikal, kesannya mungkin berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain. ** Harap maklum - webmaster.
Beritahu Kawan mengenai website ini

BACA MAKLUMAT LANJUT- Klik Disini

Bookmark Website ini / tekan Ctrl+D Sekarang
Bookmark Website ini / tekan Ctrl+D Sekarang
Maynetwork (M) Sdn Bhd 130-2 Taipan Senawang Jalan SCP 1 70450 Seremban N. Sembilan Tel : 06-6780544 Fax : 06-6792043

Copyright © 1998 - 2008 BioVCO.com Semua hakcipta adalah terpelihara
..:: Utama | Testimoni | Info Produk | Keahlian | Beli Sekarang | Hubungi Kami ::..






TESTIMONI PENGGUNA 1 : SEMBELIT DAN BUASIR
Saya telah mendapat perbezaan melalui botol pertama lagi, di mana saya menghadapi masalah sembelit dan buasir yang kritikal sejak mula hamil. Dengan penggambilan produk biovco sebanyak 2 sudu sehari, penghadaman saya semakin bagus, dan tiada lagi masalah sembelit dan buasir yang biasa dihidapi oleh ibu mengandung.


- Farmurhayati Bt Jaafar
BACA SEMUA TESTIMONI - Klik Disini



TESTIMONI PENGGUNA 2 : LAWAS BUANG AIR
Alhamdullilah dengan izin Allah lepas minum produk BioVCO wife saya senang buang air besar. Tak macam dulu, darah banyak keluar, susah buang air besar sampai ubat doktor pun tak jalan. Saya pun guna jugak, tapi bila siang mata ni macam tak boleh nak bukak pulak, mengantuk sangat2.... tapi bab bersama wife memang makin hebat, berapa lama pun no problem....


- Azman Bin Rosman
BACA SEMUA TESTIMONI - Klik Disini


Jika ini berlaku, kata Dr. Abd. Hamid, supositori atau enema mungkin boleh dipertimbangkan dan pengambilan ubat secara oral (ditelan) mungkin perlu.

‘‘Pemeriksaan rektal juga dapat memberikan maklumat mengenai konsistensi najis, kehadiran hemoroid dan kebarangkalian wujud sebarang tumor (ketumbuhan).

‘‘Pemeriksaan sinar-X di bahagian abdomen, yang dilakukan ke atas pesakit mungkin menunjukkan kehadiran feses terimpak di dalam kolon dan seterusnya dapat memastikan faktor-faktor lain yang mempunyai tanda-tanda yang sama,’’ jelasnya.

*Punca-punca penyakit sembelit

Najis yang keras

* Kekurangan dalam pengambilan diet yang mengandungi fiber

* Penghidratan

* Ubat-ubatan diuretik dan ubat-ubatan yang mengandungi besi, kalsium dan aluminium

Kelemahan otot atau transit yang perlahan, di mana tindakan peristaltic akan musnah atau tidak berlaku, menyebabkan najis tidak bergerak

* Hipotiroidisme (aktiviti kelenjar tiroid yang kurang daripada normal atau bertindak perlahan)

* Hipokalsemia, kehadiran kepekatan kalsium yang terlalu rendah dalam darah

* Kecederaan sfinkter anal

* Ubat-ubatan seperti loperamide, opioids (codeine dan morfin) dan sesetengah jenis antidepresan

* Penyakit yang serius atas sebab-sebab yang lain

* Porfiria akut, salah satu daripada kumpulan penyakit keturunan yang jarang berlaku disebabkan oleh gangguan metabolisme hasil penguraian hemoglobin yang dikumuhkan dalam air kencing

* Diskesia, suatu bentuk sembelit akibat menahan secara berterusan dan lama keinginan untuk membuang air besar

* Penjerutan, di mana sebahagian dari usus kecil atau rektum adalah sempit atau tersumbat disebabkan pemampatan atau pengecutan organ di mana najis tidak dapat keluar

* Penyempitan (istilah perubatannya, striktur)

* Divertikula - sak atau kantung terbentuk pada tempat-tempat lemah dalam dinding trek alimentari

* Tumor atau ketumbuhan di usus atau tisu di sekeliling usus

Sembelit psikosomatik, berdasarkan kemurungan atau ketidakbiasaan dengan keadaan sekitar

* Sembelit fungsi

* Sembelit, sindrom kerengsaan usus, diklasifikasi oleh gabungan sembelit dan rasa tidak selesa dan atau rasa sakit di bahagian abdomen

Rawatan

‘‘Bagi mereka yang tidak mengalami sebarang masalah perubatan, campur tangan utama ialah penambahan kandungan cecair (terutamanya air) dan makanan yang berasaskan fiber.

‘‘Peningkatan makanan berasaskan fiber boleh dilakukan dengan menambah pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan, roti yang tinggi serat dan biji rami dalam pemakanan.

‘‘Amalan pengambilan ubat pelawas secara rutin tidak digalakkan kerana ini akan menyebabkan usus bergantung penuh kepada penggunaan pelawas,’’ kata Dr. Abd. Hamid.

Menurutnya, pelawas mungkin penting bagi mereka yang mempunyai gangguan tabiat pemakanan yang tidak efektif dan sesuai.

Penggunaan perangsang pelawas (seperti sena) perlu dihindari kerana ia akan memburukkan lagi masalah kekejangan yang selalu dialami ketika sembelit.

Dalam keadaan yang berbeza (seperti penggunaan codeine atau morfin), penggabungan penghidratan (seperti laktulosa atau glikols), bulk-forming (seperti psyllium) dan agen stimulasi adalah diperlukan.

Produk-produk ini boleh didapati di kaunter secara meluas.

‘‘Enema dan klister selalunya diberikan kepada pesakit yang mengalami sembelit yang serius, merbahaya atau anti pelawas.

‘‘Sorbitol, gliserin dan supositori minyak arakis digunakan. Kes sembelit yang lebih serius memerlukan larutan fosfat sebagai enema,’’ tambahnya.

Beliau menarik perhatian, sembelit yang tidak dapat dirawat melalui rawatan-rawatan di atas memerlukan campur tangan fizikal.

Disimpaksi secara manual (pembuangan feses terimpak) dilakukan dengan bantuan sedasi atau anestatik am (pembiusan menyeluruh) - bagi menahan kesakitan dan melonggarkan sfinkter anal.

Dalam perubatan alternatif dan tradisional, pengairan berkolon, enema, senaman, diet dan herba digunakan dalam mengubati sembelit.

Adalah lebih mudah untuk mencegah dari mengubati sembelit.

Kata Dr. Abd. Hamid lagi: ‘‘Untuk melegakan sembelit dengan penggunaan agen osmosis seperti laktulosa, Politeleneglikol (PEG) atau garam magnesium perlu dituruti dengan pencegahan seperti penambahan kandungan fiber dalam diet (buah-buahan dan sayur-sayuran) dan pengurangan dos pelawas osmosis bagi setiap malam.

‘‘Melalui penggunaan narkotik yang berterusan, contohnya, pengambilan dos agen osmosis setiap malam boleh dilakukan selamanya (jika tidak membahayakan) untuk menghasilkan perkumuhan usus.

‘‘Bagi sembelit yang terjadi akibat penyakit usus besar yang menyempitkan saluran najis seperti kanser usus ataupun hernia, maka rawatannya adalah pembedahan,’’ katanya.

Oleh itu, bagi pesakit yang mengalami sembelit berpanjangan yang tidak sembuh setelah mengambil berbagai-bagai jenis rawatan untuk sembelit, maka haruslah pesakit dirujuk kepada pakar bedah untuk ujian lanjutan bagi mencari punca sembelit.

Read More......

Kolesterol

NUFERA: MAKANAN BERFUNGSI LENGKAP http://nufera-virgin-coconut-oil.blogspot.com/

Kolesterol merupakan suatu bahan melekit dan lembut yang wujud secara semulajadi di dalam aliran darah dan sel-sel tubuh anda.Tahukah anda,kolesterol sangat penting dan diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan sel-sel membran, hempedu, sesetengah hormon dan vitamin D. Namun bukan semua kolesterol baik untuk kesihatandan diperlukan oleh tubuh anda.

Organ hati bertanggungjawab menghasilkan sebahagian besar kolesterol yang diperlukan. Kolesterol juga diperolehi dari sumber luaran, terutamanya dari makanan berasaskan haiwan.

Sesetengah makanan yang tidak berasaskan haiwan juga mungkin mengandungi lemak trans yang boleh menyebabkan tubuh anda menghasilkan lebih banyak kolesterol.

Kolesterol dan lemak-lemak lain (yang juga dikenali sebagai lipid) tidak larut di dalam darah. Ia terpaksa dihantar dari satu sel ke satu sel menggunakan pengangkut khas yang dipanggil sebagai lipoprotin.

Lipoprotien berketumpatan rendah (LDL) dikenali sebagai 'kolesterol jahat'. LDL boleh mengenap pada dinding saluran darah, menyebabkan arteri tersumbat dan meningkatkan risiko serangan jantung atau strok.

Lipoprotien berketumpatan tinggi (HDL) turut dikenali sebagai "kolesterol baik'. HDL akan membawa kolesterol ini kembali ke hati dan kemudiannya memperoses serta mengeluarkannya dari tubuh.

Lipoprotien berketumpatan rendah (LDL) dikenali sebagai 'kolesterol jahat'. LDL boleh mengenap pada dinding saluran darah, menyebabkan arteri tersumbat dan meningkatkan risiko serangan jantung atau strok.

Lipoprotien berketumpatan tinggi (HDL) turut dikenali sebagai "kolesterol baik'. HDL akan membawa kolesterol ini kembali ke hati dan kemudiannya memperoses serta mengeluarkannya dari tubuh.
Satu lagi jenis kolesterol adalah trigliserida yang dihasilkan sendiri oleh tubuh dan juga dari makanan. Selain menyimpan tenaga, trigliserida juga akan bertukar menjadi LDL dan VLDL (lipoprotien berketumpatan sangat rendah).

Jika anda memiliki paras trigliserida tinggi, kebiasaannya anda akan memiliki paras LDL tinggi dan HDL rendah.

LDL sangat sinonim dan sering dikaitkan dengan penyakit arteri koronari (jantung). Jadi sangat penting untuk anda mengekalkan keseimbangan lipid yang sehat. Kekalkan paras LDL pada tahap rendah (kurang dari 3.3 mmol/L) dan paras HDL tinggi (lebih dari 1.02 mmol/L) bagi lelaki. Manakala wanita pula HDL melebihi 1.3 mmol/L.

Paras kolesterol yang tinggi boleh menyebabkan plak atau enapan lemak terbentuk pada dinding arteri (saluran darah). Akibatnya saluran arteri ini akan menjadi sempit dan menyekat aliran darah. Jika plak-plak ini pecah, darah-darah beku akan terbentuk dan boleh menyekat aliran darah ke jantung. Akibatnya anda mendapat serangan jantung. Dan jika saluran darah ke otak tersekat, anda boleh mendapat serangan strok.

Diantara faktor risiko yang menyumbang kepada paras kolesterol tinggi adalah diet dan tabiat pemakanan yang tidak baik, kurang bersenam, darah tinggi, berat badan berlebihan dan merokok.

Tips kesihatan untuk anda:

* Elakkan lemak trans. Ia tidak baik untuk kesihatan anda.

Elakkan makanan berpanggang atau bergoreng yang disediakan secara kormesial seperti kentang goreng, ayam goreng, onion ring, snek dan makanan terproses seumpamanya sering mengandungi asid lemak trans.

* Kurangkan makanan yang mengandungi lemak tepu dan kolesterol tinggi.

Lemak tepu banyak terdapat pada makanan berasaskan haiwan dan tenusu, antaranya:
susu segar, mentega, susu penuh krim, keju, mayonis,minyak sapi,daging dan lelemak haiwan.

Organ dalaman haiwan seperti hati, otak, buah pingang dan usus termasuk telur mengandungi kolesterol lebih tinggi dari daging. Makanan laut termasuk udang, ketam, tiram dan sotong juga tinggi kolesterol.

Tetapi awas, makanan berasaskan tumbuhan seperti minyak kelapa dan santan juga tinggi kolesterol.

* Gunakan minyak dari hasil tumbuhan seperti minyak sayuran, minyak kacang, minyak jagung, minyak zaiton, minyak bunga matahari dan sebagainya. Ia mengandungi lemak tak tepu yang baik untuk kesihatan.

* Tambah serat dalam diet anda
Serat larut boleh didapati dari oat, barli, legum dan buah-buahan seperti epal. Serat tak larut terdapat pada buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang dan bijirin.

Pastikan anda mengambil diet serat secukupnya: 20 ~ 30 gram sehari.

* Kurangkan kolesterol anda dengan serat terlarut
Cubalah tambah lebih banyak serat terlarut dalam diet harian anda. Kajian mendapati ia boleh membantu menurunkan kandungan kolesterol dalam darah dan memerangkap kolesterol makanan di dalam saluran pencernaan anda.

Minyak Kelapa Dara dan Kolesterol

Kolesterol dan trigliserida terbentuk dari acetyl coenzyme-A (acetyl-CoA). Memang benar lelemak tepu diubah kepada acetyl-CoA melibatkan proses oksidasi beta (beta oxidation) tetapi menuding pengambilan lelemak tepu sebagai punca peningkatan kolesterol adalah kurang tepat.

Menurut pakar biokimia terkenal Dr Mary Enig , LDL dan jumlah kolesterol berkurang kerana pengambilan lelemak omega-6 (canola, bunga matahari, kacang soya, jagung, safflower) menyebabkan kolesterol diperlukan untuk menstabilkan membran sel. Hasilnya, kolesterol berkurangan dalam darah lalu menurunkan paras trigliserida dan LDL.

Lelemak tepu dari minyak kelapa dara pula dipercayai memperkukuh struktur membran-membran, oleh itu kolesterol kurang digunakan untuk menstabilkannya. Kajian terbaru di India seperti dilaporkan pada 2004 mendapati pengambilan minyak kelapa dara menyebabkan paras LDL dan trigliserida turun serta paras HDL meningkat.

Read More......

Jan 24, 2009

Elak gejala anorexia

NUFERA: MAKANAN BERFUNGSI LENGKAP http://nufera-virgin-coconut-oil.blogspot.com/

SESETENGAH ibu bapa menghadapi dilema apabila anak-anak remaja mereka (terutama perempuan) yang sedang membesar enggan atau terlalu memilih untuk makan kerana sentiasa mahu kelihatan kurus sehingga membawa kepada tabiat makan tidak betul.

Keadaan ini boleh membawa kepada gejala anorexia atau bulimia, masalah pemakanan yang sebelum ini hanya kedengaran di kalangan remaja Barat tetapi kini semakin menular di kalangan remaja tempatan.

Berikut beberapa panduan yang boleh diikuti untuk memujuk anak makan:

lPerkara paling penting sebelum anak, ibu bapa sendiri perlu memahami diri sendiri. Sejauh mana pandangan umum memberi kesan pada pendapat anda berkaitan tentang penampilan dan bentuk badan. Beritahu anak sayangi diri sendiri seadanya. Kemudian jelaskan kaitan genetik dengan bentuk tubuh badan lelaki atau wanita. Pinggul, pinggan dan lengan yang berisi adalah genetik yang diwarisi wanita.

lAnalisis semua aspirasi dan impian anda. Mungkin anda mengharap terlalu banyak daripada anak berhubung dengan penampilan khususnya anak perempuan. Mungkin anda selalu mengkritik anak seperti "jangan makan terlalu banyak" atau "saya lebih menyukai awak, jika berat badan lebih ringan" atau "gaya pakaian ini hanya untuk gadis kurus, seperti model" dan sebagainya. Ayat-ayat seperti itu sebenarnya menjuruskan anak anda kepada masalah anorexia dan bulimia.

lBincang perkara-perkara berikut dengan anak anda (lelaki atau perempuan):a. Bahayanya mengubah bentuk badan dengan cara diet yang tidak betul. b. Bertapa bergunanya bersenam untuk kesihatan dan bentuk badan.c. Pentingkan mengamalkan pemakanan berkhasiat.

lSenaman bukan saja membakar lemak dan kalori, bahkan membuatkan individu lebih berasa gembira.

lJelaskan kepada anak bahawa mereka tidak harus mengelak daripada aktiviti (seperti berenang dan menari) hanya kerana orang akan nampak tubuh yang berisi.

lAjar anak anda untuk berkawan dengan orang lain terutama wanita bukan melalui penampilan mereka tetapi melalui buah fikiran dan tingkah lakunya.

lJelaskan pada anak bahawa imej model kurus yang bergaya hanya dicipta untuk menjual pakaian yang dikenakan.

Galakan anak-anak melakukan aktiviti menyihatkan yang mereka gemari dan selalulah memuji mereka walaupun pencapaian yang kecil. Jangan hadkan jumlah kalori pada makanan anak-anak semata-mata hanya kerana anda mahu mengurangkannya. Sebaliknya, dapatkan nasihat doktor untuk berbuat demikian. Apa yang penting berikan makanan berkualiti dan sihat kepada anak-anak anda.

Sumber Utusan online 15/1/09

Read More......

Gusi tiba-tiba bengkak dan berdarah

Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI

Bangun sahaja dari tidur, Rahim merasai sesuatu yang tidak kena pada gusinya. Bingkas ke depan cermin, dia melihat ke dalam mulutnya. Gusinya bengkak dan merah. Apa yang tidak kena pada gusiku, katanya di dalam hati sambil fikirannya menerawang jauh, mungkinkah kanser mulut!

Hatinya benar-benar berdebar kerana jika benarlah ia kanser, maka gelaplah kehidupannya malah keluarganya juga. Ini kerana bukan sahaja dia menderita tetapi isteri dan anak-anaknya turut serta. Ini kerana dia adalah satu-satunya pencari nafkah untuk keluarganya.

Rahim bingkas mandi dan terus menyiapkan diri untuk ke klinik. Dia tidak mahu membuang masa untuk mengetahui apa yang berlaku pada gusinya. Sebelum ini tidak pernah berlaku padanya.

Setelah dipanggil masuk dan dijalankan pemeriksaan, doktor memberitahu ia cumalah penyakit gusi dan bukannya kanser mulut seperti yang disangka oleh Rahim sebelum ini.

Menurut kajian yang dijalankan oleh pakar penyelidik, penyakit gusi disebabkan oleh bakteria yang boleh membawa kepada keradangan gusi atau gingivitis. Apabila ini berlaku, gusi akan menjadi merah, bengkak dan mudah berdarah.

Daripada kajian itu, tiga daripada empat orang dewasa yang berusia 20 tahun ke atas akan mengalami penyakit gusi. Bagi sesetengah orang, penyakit ini akan berulang lebih daripada sekali. Penyebab utama penyakit gusi ialah bakteria dalam bentuk lekitan dan pembentukan plak tidak berwarna yang sering terdapat pada leher gigi. Walau bagaimanapun terdapat juga faktor-faktor lain yang boleh mempengaruhi atau menyumbang kejadian penyakit gusi.

Penyakit gusi bermula dengan sedikit keradangan pada gusi dan melarat hingga merosakkan tisu lembut dan tulang yang menyokong gigi. Keadaan ini jika dibiarkan boleh menyebabkan kehilangan gigi.

Jika gingivitis tidak dirawat, periodontitis akan terjadi. Periodontitis menyebabkan gusi tertarik menjauhi leher gigi dan membentuk poket yang terinfeksi. Toksin yang dihasilkan oleh bakteria pula boleh memusnahkan tulang dan tisu penghubung yang berfungsi sebagai tapak pemegang gigi.

Jika tidak dirawat, tulang, gusi dan tisu berhampiran yang menyokong gigi akan musnah. Gigi menjadi longgar dan akan tercabut.

Rawatan

Tujuan utama rawatan penyakit gusi adalah mencegah berlakunya jangkitan. Terdapat pelbagai jenis rawatan mengikut keparahan penyakit gusi tersebut. Semua rawatan memerlukan penjagaan yang baik di rumah oleh pesakit. Selain itu, cara hidup juga perlu diubah seperti menghentikan merokok untuk membantu proses pemulihan.

Pertama, rawatan periodontal tanpa pembedahan, termasuk penskaleran dan 'root planing' (suatu cara membersih permukaan akar untuk membuang plak dan kalkulus dari poket periodontal dan melicinkan akar gigi). Pembedahan ini diikuti dengan rawatan tambahan seperti anti microbials yang diperlukan dalam kes-kes biasa.

Sementara itu, gingivitis merupakan penyakit gusi yang kurang serius. Biasanya ia dapat disembuhkan dengan pemberusan setiap hari, mengguna flos serta pembersihan secara berkala oleh doktor pergigian. Penyakit gusi jenis ini tidak mengakibatkan kehilangan gigi atau tisu yang memegang gigi.

Selepas penskaleran, kebanyakan pesakit tidak memerlukan rawatan aktif selanjutnya. Walau bagaimanapun, majoriti pesakit akan memerlukan terapi yang berterusan untuk mengekalkan kesihatan gusi.

Pembedahan akan dilakukan apabila tahap kesihatan penyakit gusi yang baik tidak dicapai.

Terdapat beberapa pembedahan untuk penyakit gusi termasuk:

lPembersihan terbuka - kalkulus dibuang dari permukaan akar gigi di dalam poket.

lGrafting tulang - tulang pesakit atau tulang tiruan diletakkan di dalam kawasan yang terlibat (contoh: kawasan kehilangan tulang).

lRegenerasi tisu terkawal - membran diletakkan di antara tulang dan gusi untuk menggalakkan pertumbuhan tisu gusi.

Keberkesanan rawatan bergantung pada keupayaan anda untuk mengekalkan kesihatan mulut yang baik di rumah. Ikut arahan doktor pergigian dan patuhi temu janji anda.

Hal ini penting terutamanya selepas pembedahan. Anda perlu ikut arahan doktor (contoh: pengambilan ubat seperti analeksia dan antibiotik jika diberi) dan beritahu jika terdapat sebarang masalah (contoh: terdapat bahagian yang bengkak atau demam).

Read More......

Jan 14, 2009

Jerawat tiada kaitan dengan diet

NUFERA: MAKANAN BERFUNGSI LENGKAP http://nufera-virgin-coconut-oil.blogspot.com/

Oleh DIYANA ROSE KAMALLUDEEN

KEMUNCULAN jerawat secara tiba-tiba memang cukup mengecewakan. Alangkah baiknya jika kita dikecualikan daripada ditumbuhi jerawat sebaik melepasi zaman remaja.

Malangnya, ramai di antara golongan dewasa masih berdepan masalah kulit berjerawat dan kebanyakannya terdiri daripada kaum wanita.

Kebanyakan wanita turut mendapati masalah kulit yang dihadapi menjadi lebih sukar diatasi malah bertukar serius apabila usia semakin meningkat.

Pakar dermatologi menggelarkan keadaan ini sebagai jerawat ‘degil’ di mana jerawat sering tumbuh di bahagian bawah muka terutama sekeliling mulut, dagu dan sepanjang garisan rahang.

Pakar dermatologi perubatan dan kosmetik dari New York, Amerika Syarikat (AS), Dr. Adam Geyer berkata, terdapat empat kategori punca pertumbuhan jerawat iaitu;

- perubahan hormon yang mengakibatkan meningkatnya pengeluaran sebum atau minyak

- liang roma tersumbat menghalang pengeluaran minyak dari kulit

- bakteria

- keradangan sistemik

Menurut beliau, gaya hidup seseorang juga mempengaruhi kesihatan kulit wajah mereka.

Katanya, tanggapan bahawa pengambilan diet kurang sihat seperti makanan berminyak, gula dan coklat sering dikaitkan dengan pertumbuhan jerawat sudah tidak boleh digunakan lagi.

Ini kerana, kajian terkini mendapati bahawa tidak ada kaitan antara pengambilan diet dengan jerawat.

Bagaimanapun kajian membandingkan diet timur dan barat mendapati kaitan antara makanan yang mengandungi indeks glisemik lebih tinggi dengan pertumbuhan jerawat.

“Tambahan pula, kajian populasi retrospektif kini sedang mengenal pasti kaitan pengambilan produk tenusu sebagai salah satu faktor penyumbang,’’ jelasnya.

Tambah Geyer lagi, terdapat beberapa kaedah yang boleh membantu mengurangkan impak terhadap faktor penyumbang kepada pertumbuhan jerawat seperti kurang tidur, pengambilan nutrisi dan stres.

Penggunaan dos antibiotik yang rendah juga sedang dikaji untuk mematikan bakteria pada kulit selain kombinasi mineral termasuk zink, folate, tembaga dan niacinamide yang terbukti mempunyai efek klinikal pada jerawat.

Pengeluar produk dermatologi, Kiehl’s memperkenalkan formula terbaru dengan bantuan pakar dermatologi untuk menangani masalah kulit muka serius iaitu Acne Blemish Control Daily Skin-Clearing Treatment.

Ia bertujuan menghapuskan kesan jerawat pada peringkat awal untuk mengekalkan kulit wajah yang bersih dan segar. Digunakan setiap hari sebagai rawatan muka secara menyeluruh, formulanya membantu memulihkan kulit wajah dan menghilangkan kesan jerawat lama.

Formulasinya dicipta khas oleh ahli kimia Kiehl’s untuk menangani masalah jerawat di kalangan golongan dewasa dengan kandungan Asid Dionic, Asid Salicylic dan Asid Lipo Hydroxy.

Asid Lipo Hydroxy merupakan kandungan paten yang dihasilkan untuk membersihkan kulit wajah daripada kesan jerawat dengan tujuh kali ganda kuasa asid Salicylic, ia mampu meningkatkan penyerapan dan meningkatkan keberkesanannya sebagai rawatan wajah harian.

Asid Dionic pula mengurangkan keradangan dengan menurunkan pengeluaran tyrosinase (tembaga mengandungi enzim yang memangkin penghasilan melanin dan pigmen lain) dan mengurangkan kesan kemerahan.

Sementara asid Salicylic mengeluarkan sel kulit mati dengan melembutkan simen intraselular dan menyingkirkan sel pada lapisan stratum corneum pada kulit. Ia cukup berkesan pada jerawat, proses pengelupasan dan membuka folikel yang tersumbat.

Akhir sekali, ekstrak chamomile terutama German Chamomile pula melegakan dan melembutkan kulit sebagai ‘pelindung’ untuk mengelak iritasi dan kemerahan pada kulit.

Read More......

Jan 10, 2009

Makanan segera antara punca penyakit kronik

NUFERA: MAKANAN BERFUNGSI LENGKAP http://nufera-virgin-coconut-oil.blogspot.com/

Oleh NORILA DAUD

CARA hidup masyarakat yang semakin gemar makan makanan segera dan bergoreng di restoran-restoran dikenal pasti sebagai antara punca penyakit kronik semakin menjadi-jadi di kalangan penduduk Malaysia sejak kebelakangan ini.

Jika dahulu penyakit jantung, diabetes dan darah tinggi dikaitkan sebagai penyakit orang kaya kerana kemampuan mereka untuk bermewah dengan makanan tetapi hari ini anggapan itu tidak boleh dipakai sepenuhnya.

Pemakanan yang berlebihan daripada keperluan dan pengambilan makanan suplemen yang tidak betul juga antara penyumbang kepada penyakit-penyakit tersebut.

Semua lapisan masyarakat, tidak mengenal usia, bangsa, kaya atau miskin turut menghidap penyakit-penyakit kronik itu hari ini.

Sementara itu jumlah penghidapnya kian meningkat terutama penyakit jantung koronari yang menjadi punca kematian nombor satu di Malaysia.


Corak pemakanan yang tidak seimbang, pekerjaan tanpa banyak pergerakan dan faktor keturunan turut menjadi penyumbang kepada penyakit-penyakit kronik yang boleh membawa maut sekiranya tidak dirawat dan dikawal.

Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia Dr. Tee E. Siong tidak menyangkal bahawa latar belakang genetik dan keturunan seseorang turut memainkan peranan menyumbang kepada penyakit-penyakit kronik itu.

Namun demikian katanya, punca utama kepada penyakit tersebut masih banyak ditentukan oleh corak pemakanan dan diet yang salah, tidak seimbang serta melakukan pekerjaan yang tidak memerlukan banyak pergerakan dan tenaga.

‘‘Kita tidak boleh menyalahkan keturunan kedua-dua orang tua kita kerana memiliki baka penyakit-penyakit tersebut, sebaliknya kita sendiri yang patut dipersalahkan kerana mengamalkan cara hidup yang kurang sihat,’’ jelasnya ketika dihubungi Utusan Malaysia menerusi e-mel di sini.

Dr. Tee yang berada di Amerika Syarikat ketika dihubungi berkata, adalah tidak tepat sekiranya pengamal makanan sayur-sayuran (vegetarian) menganggap bahawa mereka tidak boleh menghidap penyakit jantung koronari misalnya.

Menurutnya, dengan hanya tidak memakan daging yang mengandungi kolesterol tidak akan melindungi seseorang daripada menghidap penyakit jantung koronari.

Katanya, pengambilan tenaga daripada lemak dan karbohidrat serta komponen lain dalam diet seperti serat dan sumber garam merupakan faktor penting untuk mengekalkan kesihatan.

Adalah diingatkan bahawa kolesterol yang menyumbat arteri disumbangkan oleh badan seseorang itu dan bukan berpunca daripada makanan semata-mata.

Dr. Tee menambah, penyakit-penyakit kronik itu boleh dielakkan kerana tahap kesihatan seseorang itu ditentukan oleh mereka sendiri.

‘‘Rakyat Malaysia perlu peka dengan kehadiran dan bahayanya penyakit-penyakit tersebut jika tidak dikawal dan mengambil langkah-langkah positif lebih awal bagi mengelak risiko untuk menghidapnya,’’ jelasnya.

Sementara itu katanya, penyakit-penyakit kronik yang berpunca daripada pemakanan dan diet yang tidak betul termasuk obesiti, darah tinggi, diabetes, jantung koronari dan beberapa jenis barah semakin meningkat di Malaysia.

Jelasnya, walaupun sejak 40 tahun lalu penduduk Malaysia telah banyak mengubah corak pemakanan dan diet namun penyakit-penyakit kronik tetap dihidapi kerana sesetengahnya masih menggemari makanan yang senang dibeli dari restoran-restoran dan warung tanpa melakukan aktiviti secukupnya untuk membakar lemak.

Dr. Tee menjelaskan, penduduk yang begitu peka memulihara kesihatan menerusi corak pemakanan bagaimanapun telah mengurangkan makan nasi, tidak menambah pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran, menambah pengambilan lemak dan minyak, karbohidrat yang halus, daging/ ikan dan telur.

Penduduk Malaysia juga katanya turut menambah peratusan tenaga menerusi pemakanan lemak dan menambah sumber protein daripada binatang, lemak dan kalori.

Sementara itu katanya, semakin banyak keluarga gemar makan di luar rumah dan makan makanan bergoreng.

Penduduk juga katanya, suka mengambil makanan yang lebih daripada diperlukan dan mengambil suplemen nutrien yang tidak betul.

Read More......

Simptom & Tanda-tanda resdung

NUFERA: MAKANAN BERFUNGSI LENGKAP http://nufera-virgin-coconut-oil.blogspot.com/


Resdung adalah penyakit yang merbahaya di mana ia mempunyai takrifan
yang berbeza untuk istilah-istilah tertentu.

Istilah Perubatan Tradisional – Ia merupakan kerengsangan hidung yang
boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan
menimbulkan ketidakselesaan.

Istilah Saintifik – Merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan
kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan
kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi
punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan.

Tanda-tanda resdung

>> Masalah gatal di sekitar hidung apabila mengambil makanan seperti
makanan laut, daging lembu atau daging ayam.
>> Kerap bersin apabila bangun pagi.
>> Ada resdung yang menyebabkan jerawat di muka, jerawat ini akan
bertambah besar dan merebak hingga mengeluarkan nanah dan menimbulkan
bau yang kurang selesa.
>> Punca kehilangan deria bau dan deria rasa.
>> Kelemumur yang banyak.
>> Keluar kahak kekuningan.

Keadaan ini mengganggu kelancaran kehidupan harian individu tersebut.
Jika tidak dibendung, ia akan menyebabkan kerosakan kulit muka, hilang
segala deria ria rasa dan bau, merosakan rongga dan menimbulkan bau yang
tidak menyenangkan.

Read More......

Jan 5, 2009

Bersihkan persekitaran, hindar Chikungunya

NUFERA: MAKANAN BERFUNGSI LENGKAP http://nufera-virgin-coconut-oil.blogspot.com/

Oleh DIYANA ROSE KAMALLUDEEN

CHIKUNGUNYA merupakan sejenis penyakit viral disebarkan menerusi jangkitan akibat gigitan nyamuk aedes yang turut membawa virus demam denggi dan demam kuning.

Penyebaran Chikungunya pertama kali dikesan melalui ujian darah di Tanzania, Afrika Timur pada 1953. Sejak itu, epidemik ini berlaku di Filipina (1954, 1956 dan 1968), Indonesia (1973), Thailand, Kemboja, Vietnam, India, Myanmar, Sri Lanka dan Indonesia.

Bermula pada 2003, wabak ini telah berleluasa di kepulauan Lautan Pasifik termasuk Madagascar, Comoros, Mauritius dan La Reunion, dengan jumlah kes yang semakin meningkat terutama selepas bencana tsunami pada Disember 2004.

Pengarah Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Hassan Abdul Rahman berkata, kes pertama di Malaysia dilaporkan berlaku di sebuah kawasan di Klang, Selangor pada tahun 1998 dan tidak lama selepas itu turut membabitkan kawasan perumahan di Perak



Katanya, meskipun jumlah kes Chikungunya semakin menurun di negara ini namun pihaknya masih meneruskan pemantauan secara berkala sebelum mengesahkan negara benar-benar bebas daripada penyakit itu.

Jumlah kes terkumpul sepanjang April sehingga minggu lalu adalah sebanyak 3,984 kes manakala sehingga 23 Disember lalu sebanyak 4,034 kes telah dicatatkan.

‘‘Kami menerima antara 100 hingga 150 laporan mengenai kes Chikungunya dalam seminggu dan minggu lalu dicatatkan 119 kes baru,’’ katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Menurut Dr. Hassan, setiap kawasan perumahan di negara ini tidak terkecuali daripada jangkitan penyakit Chikungunya kerana ia dibawa oleh dua jenis nyamuk iaitu Aedes Albopictus dan Aedes Aegypti yang turut menyebarkan virus demam denggi.

Penyakit demam Chikungunya merupakan penyakit endemik tercetus daripada virus Chikungunya jenis Genus Alphavirus dalam keluarga Toganiridae.

Terdapat dua jenis trend virus jangkitan Chikungunya iaitu Afrika Barat dan Afrika Selatan. Kedua-dua jenis rantaian virus ini mengambil masa antara lima hingga tujuh hari untuk mengeram.

Setelah itu barulah simptom penyakit mula menyerang pesakit kira-kira tiga hingga 10 hari manakala tempoh pemulihan pula memakan masa seminggu lagi.

‘‘Pesakit lazimnya tidak akan mengalami sebarang perubahan pada minggu pertama virus itu mengeram namun selepas itu mereka akan mula demam, ruam dan sakit badan apabila virus itu mula menyerang.

‘‘Pada waktu ini juga, antibodi badan akan mula bertindak untuk melawan virus berkenaan sebelum bermulanya proses pemulihan,’’ jelas beliau.

Simptom virus Chikungunya boleh disalah anggap dengan manifestasi klinikal menyerupai virus denggi antaranya:

lDemam panas mengejut sehingga 39 darjah Celsius.

lSakit teruk pada sendi (artritis atau atralgia) terutamanya di hujung jari, pergelangan tangan dan buku lali, atau rasa ngilu pada tulang.

lRuam pada kaki, tangan dan badan,

lSakit kepala berserta demam (antara satu hingga tujuh hari, kebiasaannya lima hari).

lInsomnia.

lKesejukan, menggigil.

lKurang selera makan.

lPerut meragam.

lMata merah, sedikit fotofobia (sensitif kepada cahaya), loya dan muntah.

lSeperti penyakit arbovirus lain, jangkitan Chikungunya juga mungkin tidak menunjukkan sebarang gejala (asimptomatik) atau menyebabkan kesakitan yang teruk dan gejala yang berpanjangan.

Sehingga kini, belum ada kes mengenai pendarahan atau kematian akibat Chikungunya pernah dilaporkan di Malaysia. Pun begitu, sesetengah pesakit biasanya mengalami gejala berpanjangan bergantung kepada usia pesakit berkenaan.

Contohnya, pesakit yang berumur boleh mengalami kesan kesakitan berulang terutama pada bahagian sendi sehingga beberapa bulan.

Seperti kebanyakan penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus, Chikungunya tidak mempunyai rawatan khusus. Selalunya, rawatan akan diberikan mengikut simptom klinikal yang dialami oleh pesakit berkenaan.

Kebanyakan kes memerlukan rawatan pesakit luar disebabkan tiada vaksin.

Walaubagaimanapun, orang ramai yang mengalami gejala penyakit ini digalakkan agar mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital berhampiran
Read More......

Rhinolith: Batu dalam hidung

NUFERA: MAKANAN BERFUNGSI LENGKAP http://nufera-virgin-coconut-oil.blogspot.com/

KITA mungkin sering mendengar tentang kejadian batu karang dalam pundi kencing, ginjal, pundi hempedu dan sebagainya.

Namun pernahkah anda terfikir bahawa batu juga boleh wujud di dalam hidung?

Kes-kes batu dalam hidung ini bukan satu situasi yang jarang ditemui dalam praktis otorinolaringologi (telinga, hidung dan tekak).

Batu yang dimaksudkan di sini bukanlah batu yang termasuk ke dalam lubang hidung (walaupun ini juga ada berlaku).

Ia lebih difokuskan kepada batu yang terbentuk di dalam lubang hidung itu sendiri. Dalam istilah perubatan, ia dikenali sebagai rhinolith.

Bagaimana ia terjadi?

Kes-kes objek asing atau foreign body di dalam hidung merupakan suatu yang seringkali ditemui terutama dalam kalangan kanak- kanak.

Golongan dalam lingkungan usia dua atau tiga tahun merupakan mereka yang mudah terlibat dengan kes-kes sebegini.

Golongan ini juga merupakan mereka yang seringkali dibiarkan bermain bersendirian dengan objek-objek kecil seperti manik, cebisan kertas, pembungkus gula-gula, getah pemadam dan sebagainya.

Pembentukan batu berlaku jika sesuatu objek itu lama terbiar di dalam rongga hidung. Biasanya ia adalah objek bukan organik seperti logam, butang, manik dan plastik.

Bagi objek organik, biasanya pesakit akan mengalami reaksi keradangan pada selaput mukosa dalam hidung yang berkesudahan dengan pembengkakan, kemerahan, jangkitan kuman serta mungkin bernanah.

Keadaan ini menyebabkan ketidakselesaan dan pesakit akan datang mendapatkan rawatan lebih awal.

Disebabkan sifat bukan organik benda asing atau batu itu sendiri, ia mungkin juga dijumpai di kalangan orang dewasa.

Ini kerana ada ketikanya kemasukan benda asing bukan organik ini berlaku secara tidak sedar. Rhinolith juga boleh terbentuk daripada bahan yang datang dari badan manusia sendiri (endogenous) seperti gumpalan mukus yang mengeras, ketulan darah, serpihan tulang dan sebagainya.

Gejala dan Tanda

Antara gejala yang sering dialami oleh pesakit ialah:

* Tersumbat sebelah hidung

* Hidung berair dan kadangkala bercampur nanah

* Pendarahan hidung yang berulang- ulang

* Gejala sinusitis seperti demam, sakit pada rongga sinus

* Bau nafas yang kurang menyenangkan

* Sakit kepala

Sungguhpun begitu, tidak kurang juga jumlah pesakit yang mempunyai rhinolith ini ditemui secara tidak sengaja, iaitu pada pemeriksaan rutin kesihatan sebelum mula bekerja atau memasuki universiti.

Ada juga pesakit yang datang dengan masalah sinusitis yang berpunca daripada kewujudan rhinolith yang mengganggu pengaliran mukus dalam hidung serta mengganggu ventilasi rongga sinus.

Diagnosis

Setelah mendapatkan sejarah kesihatan pesakit yang lengkap, doktor akan memeriksa rongga hidungnya.

Biasanya, endoskopi hidung diperlukan untuk melihat dengan jelas bentuk, saiz, permukaan serta reaksi tisu persekitaran dengan rhinolith tersebut. Pemeriksaan ini biasanya dijalankan di klinik pakar telinga, hidung dan tekak.

Jika pesakit menemui doktor di klinik awam, mungkin imbasan sinar-X rongga hidung perlu dilakukan.

Disebabkan sifat rhinolith ini ialah seperti tulang atau batu (pembentukan garam kalsium), maka imej tersebut akan menjadi legap (opaque) terhadap sinar-X dan seterusnya membantu mengesahkan diagnosis. Seterusnya, pesakit akan dirujuk ke klinik pakar hidung.

Biasanya, dengan adanya peralatan untuk endoskopi nasal di hospital, penyiasatan pengimejan seperti sinar-X dan imbasan CT tidak diperlukan.

Namun, ada juga kes-kes tertentu di mana imbasan diperlukan untuk tujuan rawatan lanjut pesakit.

Rawatan

Rhinolith yang kecil dan tidak menunjukkan tanda-tanda melekat pada tulang dan struktur hidung biasanya boleh dirawat di klinik menggunakan bius setempat sahaja.

Pesakit kemudian akan diberikan antibiotik dan perlu hadir pada temujanji susulan untuk penilaian seterusnya.

Sungguhpun begitu, rhinolith bersaiz kecil ini jarang ditemui. Kes yang biasa datang ke klinik ialah dari jenis rhinolith bersaiz besar.

Pengeluaran di klinik menggunakan bius setempat mungkin tidak memadai dan mungkin memberikan kesakitan yang tidak dapat ditanggung oleh pesakit. Ia juga mungkin mengakibatkan rawatan kurang memuaskan.

Prosedur di bawah bius penuh mempunyai lebih justifikasi dari segi kesempurnaan proses pengeluaran rhinolith dan pencucian rongga hidung selepas prosedur tersebut lebih baik.

Lebih penting lagi, bius penuh dapat meminimumkan kesakitan yang dialami oleh pesakit.

Tambahan pula, bentuk dan permukaan rhinolith yang bergerigi seperti batu itu amat menyakitkan jika dikeluarkan ketika pesakit masih sedar.

Dalam kes-kes rhinolith yang bersaiz besar, ia mungkin dapat dikeluarkan secara serpihan demi serpihan kecil.

Ini bagi mengelakkan pengeluaran secara terus yang mungkin akan mengakibatkan lebih banyak kecederaan pada lapisan mukosa hidung yang sensitif terhadap geseran.

Sedikit pendarahan juga mungkin dialami selepas prosedur tersebut. Bagaimanapun, ia biasanya adalah terkawal.

Pesakit kemudian akan diberikan antibiotik dan ubat untuk mengurangkan keradangan dan pembengkakan serta ubat penahan sakit. Pesakit mungkin dibenarkan pulang keesokan harinya (selepas prosedur dijalankan) tetapi perlu menghadiri temujanji susulan.

Komplikasi

Sekiranya objek ini dibiarkan lama berada dalam hidung, maka beberapa komplikasi mungkin berlaku.

Gangguan dari segi struktur dan fungsi hidung mungkin terjadi. Pengaliran rembesan hidung juga mungkin akan terencat di samping pengaliran udara pernafasan juga akan tersekat.

Saiz rhinotih yang besar boleh mengakibatkan kerosakan struktur dalaman hidung seperti keradangan mukosa serta kerosakan tulang tengah hidung (yang terbentuk daripada rawan lembut) di mana kerosakan struktur ini akan menyebabkan rosaknya bentuk luaran hidung.

Komplikasi sebegini juga agak sukar untuk diperbetulkan dan pembedahan tambahan mungkin perlu dijalankan.

Sememangnya pencegahan itu sentiasa lebih baik, lebih murah dan lebih mudah daripada merawat komplikasi yang ada kalanya telah terlewat.

Ianya semudah memberi perhatian terhadap apa yang diberikan kepada anak-anak untuk bermain serta menasihati mereka supaya jangan cuba untuk memasukkan sesuatu ke dalam mana-mana rongga badan, baik lubang hidung atau lubang telinga.

Bagi golongan dewasa pula, mereka perlu lebih peka untuk mengenalpasti sebarang tanda perubahan yang berlaku pada badan sendiri.

Tidak kurang pentingnya, sewaktu pemeriksaan rutin bagi apa jua tujuan, maklumat yang tepat perlu diberikan kerana ia mungkin dapat mengesan apa yang selama ini tersembunyi.

sumber utusan online

Read More......