Dec 31, 2008

Bahaya jangkitan kuman pada rongga sinus

NUFERA: MAKANAN BERFUNGSI LENGKAP http://nufera-virgin-coconut-oil.blogspot.com/

SAKIT kepala hingga kadang-kadang menjadi demam dengan hidung
yang mengeluarkan cecair kekuningan ditambah pula dengan
kurangnya deria bau adalah antara petanda yang anda menghidapi
sejenis penyakit yang dinamakan sinusitis.

Walaupun ramai yang menganggap ia seperti selesema biasa,
hakikatnya ia boleh berubah menjadi satu penyakit yang kronik jika
tidak dirawat.

Untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang penyakit ini, wartawan
Noor Fazrina Kamal dan jurugambar, Ida Dayana Karim telah menemu
bual Pakar Telinga, Hidung dan Tekak dari Pusat Perubatan Kelana
Jaya (KJMC), Dr. Loganathan Athanari.


Menurut Dr. Loganathan, penyakit sinusitis sebenarnya melibatkan bahagian rongga angin dalam tengkorak.
Ia terbahagi kepada empat kumpulan rongga sinus iaitu maxillary sinus, ethmoid sinus, frontal sinus dan sphenoid sinus.
“Yang dikatakan sinusitis ialah apabila rongga sinus tersebut dijangkiti kuman (yang terdiri daripada virus atau bakteria). Perkataan ‘itis’ bermakna bengkak di bahagian dalam rongga sinus. Jadi kesimpulannya,
sinusitis ialah jangkitan kuman dalam rongga sinus,” katanya.

Dr. Loganathan menjelaskan tentang simptom dan bagaimana seorang pesakit itu dijangkiti jangkitan dalam rongga sinus.
Antaranya hidung tersumbat, sakit kepala, banyak mukus dalam hidung berwarna kuning kehijauan dan berbau busuk, pesakit-pesakit ini juga boleh memberi simptom bahawa deria bau mereka berkurangan.
“Sinusitis terdiri daripada dua jenis, iaitu akut dan kronik. Yang dikatakan akut ialah apabila simptom-simptom itu baru berlaku. Selalunya pesakit akan datang dengan demam tinggi dan hidung tersumbat.

Apabila dengan perubatan yang diberi doktor masih tiada nampak kesan lebih daripada empat minggu, doktor akan mengkategorikan pesakit tersebut mengalami sinusitis kronik.
Salah satu sebabnya menjadi kronik, ialah pengaliran (pembukaan rongga sinus tersumbat), kadang-kadang pesakit menghadapi anatomi dalam hidung yang menghalang laluan mukus dan bahagian dalam hidung bengkak yang menghalang pengaliran mukus. Mukus akan bertakung dalam rongga sinus dan seterusnya mendatangkan jangkitan peringkat kedua, iaitu bakteria,” jelas beliau.

Salah satu lagi sebab ialah apabila tulang dalam hidung (septum) bengkok dan turut menutup aliran dari dalam rongga sinus (aliran normal dari rongga sinus ke dalam ruang hidung).
“Selalunya punca keadaan septum bengkak ini semula jadi, atau mungkin juga kerana trauma (kemalangan).
Sesetengah pesakit yang mengalami masalah rhinitis (yang selalunya dipanggil resdung) yang disebabkan oleh alahan kepada habuk atau suasana sejuk boleh menyebabkan hidung tersumbat, berair dan salah satu
struktur dalam hidung yang dipanggil ‘turbinate’ akan menjadi bengkak. Ini juga adalah salah satu faktor yang menyebabkan sinusitis,” tutur beliau lagi.
Dr. Loganathan berkata, adakalanya apabila seseorang pesakit melalui pembedahan hidung, bahagian rongga sinus boleh tertutup, justeru menyebabkan infeksi di rongga tersebut seterusnya menyebabkan sinusitis.

Menurut Dr. Loganathan lagi, akut sinusitis disyaki apabila pesakit demam, sakit kepala selama dua atau tiga hari dan hidung tersumbat atau hingus kuning kehijauan.
Apabila seseorang pesakit mempunyai simptom-simptom tersebut, pemeriksaan klinikal yang sepenuhnya harus dibuat. Bahagian sinus yang ditekan iaitu bahagian atas mata (frontal sinus), bahagian bawah (maxillary sinus), bahagian dalam mata (ethmoid sinus) akan merasa sakit, jika ada nanah atau mukus berkumpul di bahagian tersebut. Doktor juga akan membuat ‘nasal endoskopi’, menggunakan skop fiber optik melalui kamera untuk melihat pembukaan rongga sinus dalam hidung dan meneliti sama ada rongga
sinus itu tertutup atau bernanah. Dari pemeriksaan ini, doktor boleh mengetahui sama ada seseorang itu menghadapi akut sinusitis atau tidak.

Sekiranya doktor telah diagnosis seseorang pesakit itu menghidapi akut sinusitis menerusi sejarah dan pemeriksaan klinikal, pesakit boleh terus dirawat dengan pengambilan ubat sahaja.
“Dalam minggu pertama selalunya akut sinusitis berlaku disebabkan oleh virus, jadi tidak perlu mengambil antibiotik. Tetapi pesakit akan diberi ubat untuk membuka rongga-rongga sinus ini yang terdiri daripada ubatan antihistamin, ubat titis hidung dan decongestan. Pesakit harus minum banyak air agar badan mereka tidak terhidrasi,” tambah beliau.

Tetapi, menurut Dr. Loganathan, kalau masalah ini tidak beransur pulih dalam masa seminggu, pemeriksaan darah harus dilakukan untuk menentukan sama ada infeksi itu disebabkan oleh virus ataupun bakteria dan tahap keseriusannya.
Sinar-X pada nasal sinus akan dilakukan untuk memerhatikan betapa serius infeksi tersebut. Jika doktor dapati infeksi itu disebabkan bakteria dan nanah yang banyak terkumpul di bahagian rongga sinus, pesakit boleh dirawat dengan dua kaedah.
Pertama dengan memberi antibiotik intra-vena kepada pesakit dan satu lagi ialah dengan mengeluarkan nanah tersebut dengan kaedah pembedahan,” ujar beliau.

Dr. Loganathan menjelaskan, surgeri ini dibuat dengan bius penuh melalui endoskopi (ruang hidung) untuk membuka laluan rongga sinus dan membersihkan rongga yang terlibat. Komplikasi akut sinusitis, jika tidak dirawat dengan betul akan menjadi kronik, simptom itu akan berterusan ataupun boleh mendatangkan komplikasi ke bahagian lain.
Kuman boleh merebak ke bahagian lain seperti mata (dipanggil obital cellulitis). Ini dikategorikan serius dan perlu ditangani dalam masa 24 jam, sama ada dengan perubatan antibiotik atau pembedahan endoskopi untuk mengalirkan nanah yang terkumpul di bahagian mata keluar.
Komplikasi lain ialah kepada bahagian tengah telinga. Apabila nanah mengalir dari bahagian sinus ke belakang hidung atau tekak, ia akan menyebabkan infeksi di belakang hidung dan tekak. Kuman dari bahagian ini akan merebak ke telinga tengah pula. Apabila ini berlaku, telinga akan berdengung, kurang pendengaran dan sakit (otitis media).

Jika tidak ditangani dengan segera, nanah yang terkumpul di telinga tengah akan memecahkan gegendang dan telinga boleh bernanah. Kadang-kadang ada di kalangan ibu bapa yang mengadu bahawa telinga anak mereka mengeluarkan nanah ketika selesema.
Infeksi tonsilitis peringkat kedua yang disebabkan oleh akut sinusitis juga boleh terjadi. Sakit tekak dan suara pesakit akan menjadi serak jika infeksi merebak ke kawasan peti suara. Jika tidak dirawat ia boleh merebak ke paru-paru dan mendatangkan infeksi kepada paru-paru yang dipanggil pneumonia.

“Ini adalah kesan yang akan berlaku sekiranya akut sinusitis tidak diberi rawatan secepat mungkin. Simptom sinusitis kronik adalah sama seperti akut tetapi pesakit tidak demam. Pesakit akan hanya sakit kepala, hidung tersumbat, hingus yang kekuningan, telinga berdengung dan sebagainya. Selalunya pesakit
akan banyak berkahak apabila bangun pagi.

Penyiasatan endoskopi hidung dan imbasan CT sinus akan dijalankan untuk menentukan diagnosis. Imbasan CT akan memberi gambaran sepenuhnya tentang tahap kroniknya sinusitis itu. Jika diagnosis dapat dibuat selepas imbasan tersebut, kaedah rawatannya selepas itu ialah surgeri yang dipanggil Functional Endoscopic Sinus Surgery (FESS). Bahagian rongga sinus akan dibuka supaya
pengalirannya betul dan nanah dari bahagian sinus ini akan disedut keluar.
Doktor juga akan mengambil kira punca pesakit ini menghidapi kronik sinusitis dan seterusnya dirawat. Jika septum (rawan atau tulang tengah) bengkok, maka akan diluruskan supaya tiada halangan pengaliran,” kata beliau.

Jika kaedah rawatan betul, sinusitis boleh diubati sepenuhnya. Sinusitis sebenarnya biasa di kalangan pediatrik kerana mereka lebih terdedah kepada bakteria di taska atau sekolah dan tahap imuniti mereka lebih rendah jika dibandingkan dengan kalangan dewasa.
Selalunya anak-anak yang terkena jangkitan ini mengadu sakit telinga, selesema dan demam tinggi. Ditahap yang lebih serius, bengkak juga boleh berlaku di bahagian mata.
“Sinusitis akut dan kronik akan dapat diubati dengan sepenuhnya jika pemeriksaan yang teliti dan kaedah perubatan yang betul dapat diberi secepat yang mungkin” ujar Dr. Loganathan.

Read More......

Dec 27, 2008

Mengandung dan kencing manis

NUFERA: MAKANAN BERFUNGSI LENGKAP http://nufera-virgin-coconut-oil.blogspot.com/

KENCING manis atau diabetes merupakan satu keadaan di mana paras gula (glukosa) di dalam darah badan melebihi paras normal.
Walaupun glukosa merupakan satu punca tenaga tetapi seandainya berlebihan akan menyebabkan permasalahan kesihatan, terutamanya semasa mengandung. Kencing manis semasa mengandung dipanggil diabetes gestasi.

Punca

Kencing manis berlaku apabila pengendalian badan terhadap insulin tidak teratur, sama ada dari segi pembuatan maupun penggunaannya. Insulin merupakan hormon yang menukar glukosa di dalam badan ke bentuk tenaga. Apabila pembuatannya ataupun pengunaannya tidak betul, paras gula darah akan meningkat dan ini dipanggil hiperglisemia.


Semasa mengandung, hormon yang dikeluarkan oleh uri (plasenta) mengganggu keberkesanan insulin, hasilnya, hiperglisemia mungkin berlaku. Puan boleh mendapat diabetes gestasi walaupun tidak ada risiko yang dikenal pasti. Lazimnya kencing manis yang berlaku semasa mengandung hilang selepas kelahiran. Namun demikian, risiko untuk mendapat kencing manis pada masa hadapan adalah tinggi.

Sekiranya puan pernah mendapat rawatan kencing manis semasa mengandung, maklumkan kepada doktor atau jururawat yang ditemui. Harus diingat bahawa risiko kencing manis meningkat dengan peningkatan umur semasa mengandung

Masalah kencing manis semasa mengandung

Risiko kesihatan akan meningkat dengan peningkatan paras gula darah. Setengah daripada komplikasi ini meningkatkan risiko untuk kelahiran secara pembedahan. Inilah sebabnya mengapa paras gula darah perlu dikawal.

Permasalahan yang mungkin puan hadapi sekiranya puan berisiko untuk penyakit kencing manis semasa mengandung:

- Janin menjadi besar dikenali sebagai makrosomia. Ini disebabkan oleh gula berlebihan memasuki janin dan mengarahkan tumbesaran pesat, akibatnya janin menjadi besar dan mungkin sukar untuk dilahirkan secara normal, kejadian kelahiran tersekat terutamanya pada bahagian bahu meningkat.

- Kejadian darah tinggi dan kehadiran protein di dalam air kencing meningkat, ini dipanggil pre-eklampsia. Jika dibiarkan, boleh menyebabkan sawan, kegagalan hati dan juga buah pinggang. Puan mungkin terpaksa melahirkan anak sebelum masanya untuk mengelakkan komplikasi dan musibah yang melanda sistem dalaman organ. Kematian juga boleh berlaku pada janin.

- Meningkatnya cecair likuor di kantung di mana janin berada. Ini menyebabkan saiz kandungan melebihi saiz sebenar mengikut kiraan, menyebabkan ketidakselesaan seperti kesukaran bernafas. Kelahiran mungkin berlaku sebelum sampainya penggal kematangan iaitu sebelum 38 minggu.

- Jangkitan sistem pundi kencing. Sekiranya tidak dirawat, jangkitan di pundi kencing akan merebak ke buah pinggang.

- Sindrom kesukaran pernafasan mungkin berlaku pada bayi. Risiko ini meningkat untuk ibu-ibu yang mempunyai kencing manis semasa mengandung, lebih-lebih lagi apabila kelahiran awal sebelum tempoh terpaksa dilakukan.

- Kematian bayi di dalam kandungan, mungkin berlaku sekiranya kencing manis gagal dikawal. Ini termasuklah keguguran.

Pengawalan kencing manis

Apabila puan menghadirkan diri kali pertama ke klinik perbidanan untuk membuat kad lawatan antenatal, puan akan diselidiki akan faktor-faktor risiko, sejarah perubatan serta sejarah perbidanan lampau.

Sejarah kesihatan sekarang seperti berat badan yang melebihi nisbah berat-tinggi yang disyorkan, umur puan, kandungan yang disyaki secara relatifnya besar, berat janin, kehadiran lebih daripada satu janin serta kandungan air likuor yang terlampau (mengikut umur kandungan). Pemeriksaan air kencing yang menunjukkan kehadiran gula di dalamnya bukanlah kaedah pengawasan pengawalan yang diamalkan di hospital.

Puan akan diuji untuk paras glukosa darah, paling mudah diambil dari jari dan hanya memerlukan setitik darah.

Puan juga akan ditanya bila kali terakhir ujian glukosa darah diambil, di samping masa puan makan dan minum. Sekiranya terbukti paras gula darah kapilari puan melebihi normal, puan akan dinasihatkan supaya menjalani ujian selanjutnya.

Sekiranya puan sudah pun mengalami kencing manis sebelum mengandung, puan dinasihatkan supaya menghadiri klinik kencing manis supaya pengawalan paras gula darah yang ketat dapat dimanfaatkan. Ini kerana paras gula yang tidak teratur dan tinggi dapat mencacatkan pertumbuhan serta tumbesaran janin, terutamanya yang berumur kurang dari 12 minggu. Semasa mengandung, pengawalan paras gula darah dilakukan dengan penggunaan insulin. Pil-pil tidak digunakan.

Pemakanan

Pemakanan seimbang penting terutamanya untuk mereka yang menghidapi kencing manis. Tumbesaran janin bergantung pada pemakanan puan. Perlu ditegaskan pemakanan yang diambil perlu diimbangkan supaya paras gula tidak naik melebihi normal.

Pemakanan puan bergantung kepada berapa berat badan, umur dan juga tahap kecergasan harian puan. Peringkat umur kandungan juga memainkan peranan dalam pemakanan puan.

Perawatan

Semasa mengandung, sekiranya puan memerlukan perawatan untuk kencing manis, ubat suntikan insulin diberikan.

Sebelum insulin diberikan, puan mungkin dimasukkan ke wad untuk menentukan dos optimum, mengenalpasti apa yang mungkin puan rasai sekiranya paras gula jatuh terlalu rendah, serta diajar cara-cara menyuntik dan juga mengendalikan alat-alat suntikan.

Ubat-ubat untuk dimakan mungkin diberikan sekiranya puan memang pesakit kencing manis sebelum mengandung lagi.

Senaman itu penting untuk mereka yang berpenyakit kencing manis. Walaupun puan mengandung, puan boleh juga bersenam, contohnya seperti berjalan-jalan dan senaman ringan lain.

Penjagaan kandungan

Semasa trimester pertama, ujian darah khas seperti darah hemoglobin berglikosi boleh dijalankan, di mana ujian ini meramalkan sama ada kecacatan janin merupakan satu kemungkinan. Puan juga mungkin dinasihatkan supaya menjalani pemeriksaan ultrasound pada minggu ke-18 hingga ke-20 kandungan untuk mengenalpasti sebarang kecacatan pada janin.

Pemeriksaan antenatal lain seperti yang dijalani ibu-ibu yang mengandung biasa turut dilakukan. Temujanji puan mungkin lebih kerap sedikit kerana doktor perlu memastikan pengawalan gula darah, dos insulin dan juga komplikasi lain dikenal pasti.

Lazimnya di hospital-hospital besar seperti hospital Universiti Sains Malaysia, puan akan dirawat dan hadir ke klinik gabungan khas yang terdiri daripada pakar perubatan dalaman dan pakar obstetrik. Puan juga mungkin dirujuk kepada pakar pemakanan serta jururawat mahir yang mempunyai pengkhususan dalam penjagaan ibu mengandung yang menghidapi kencing manis.

Kelahiran

Jangan runsing, sekiranya pengawalan gula darah puan stabil, saiz bayi biasanya tidak besar dan dalam kebanyakan kes, kelahiran berjalan secara normal.

Semasa proses kelahiran, pengawasan gula darah dan juga paras elektrolit lain diawasi dengan teliti. Sekiranya terdapat komplikasi ataupun keadaan tidak terkawal, berkemungkinan kelahiran bayi puan akan dirancangkan lebih awal dari tempoh masanya.

Penjagaan selepas mengandung

Kebanyakan bayi tidak mengalami komplikasi tetapi doktor akan memasukkan bayi ke wad rawatan khas untuk mengenal pasti sebarang komplikasi yang mungkin berlaku seperti:

- Paras gula darah yang rendah
- Paras kalsium dan magnesium yang rendah
- Peningkatan bilangan sel-sel darah merah
- Jaundis neonatal iaitu kulit bayi menjadi kuning
- Masalah dengan pernafasan

Kebanyakan masalah ini tidak berlaku sekiranya kencing manis semasa mengandung puan terkawal. Tidak ada halangan juga untuk puan meneruskan penyusuan badan untuk bayi.

Puan boleh mengamalkan mana-mana kaedah kontraseptif yang ada. Sekiranya puan mengandung dalam tempoh dekat, puan mungkin mengalami kembali diabetes gestasi.

Pengawalan paras glukos

Sejurus selepas bersalin, puan tentu merasakan keletihan yang amat sangat. Pada masa tersebut sekiranya puan belum makan atau minum apa-apa, regim insulin boleh diteruskan. Insulin diberhentikan sebaik sahaja puan mengambil makanan atau meminum minuman bertenaga. Pengawasan gula masih ditumpukan, dan sekiranya paras gula puan masih tinggi, ubat anti kencing manis akan dipreskripsikan. Sekiranya paras gula darah puan kembali normal, puan perlu ingat yang puan adalah lebih berisiko untuk mendapat kencing manis di kemudian hari. Jadi selalulah berjumpa dengan doktor.

Pengawasan berat badan

Tidak digalakkan puan menurunkan berat badan atau berdiet terlampau semasa tempoh mengandung. Selepas bersalin, puan bolehlah meneruskan agenda menurunkan berat badan dengan bersenam serta cara pemakanan yang betul. Perlu diingat yang puan juga akan memerlukan tenaga yang lebih untuk menjaga bayi kesayangan yang baru sahaja lahir ke dunia.
Read More......

Makanan cegah penyakit?

MAKAN tomato untuk membantu mencegah kanser, bawang putih bagi mencegah AIDS atau minum jus buah-buahan untuk mengelak daripada Alzheimer? Sejauh manakah kebenaran kenyataan ini.

Meskipun terdapat banyak kajian dan penyelidikan dijalankan, kesan makanan terhadap penyakit membunuh masih perlu dibuktikan.

Saintis bersetuju bahawa keseimbangan kualiti diet merupakan kunci kesihatan yang baik. Malah, kebanyak negara sejak beberapa tahun kebelakangan ini menggesa rakyatnya untuk mengamalkan pemakanan harian daripada lima hidangan buah-buahan dan tiga hidangan untuk setiap produk tenusu serta kanji dan mengurangkan makanan berlemak, manis dan beralkohol.

Dalam mengawal pemakanan, pakar mengatakan ia dapat membantu mencegah penyakit seperti diabetes dan kadar kolesterol yang tinggi di mana ia menyumbang kepada penyakit kardiovaskular atau osteoporosis.


Tetapi, penyelidik tidak bersetuju dengan pendapat itu ke atas penyakit yang tidak berkait secara terus pada nutrisi seperti kanser, AIDS atau kerosakan neuro atau saraf, sungguhpun sekali lagi semuanya disyorkan mengambil diet yang seimbang.

Di antara ribuan kajian yang dijalankan, satu penyiasatan dari Eropah menyimpulkan bahawa makan buah-buahan dan sayur-sayuran fiber mungkin mengehadkan risiko kanser kolorektal.

Buah-buahan dianggap sebagai perlindungan yang tidak mustahil ke atas kanser paru-paru dan untuk mencegah kanser prostat. Kajian mengesyorkan seseorang individu minum lima cawan air teh hijau sehari. Ini kerana teh hijau dipercayai mempunyai catechin (kadar antioksida) yang tinggi dalam mengurangkan penyakit berkaitan jantung.

Makanan yang banyak lemak pula sememangnya diketahui akan menjejaskan sistem kardiovaskular dan boleh meningkatkan risiko kanser payu dara manakala kacang soya mengurangkan risiko sebanyak tiga kali ganda.

Bagaimanapun, kacang soya yang kaya dengan bahan antioksida yang membantu kelangsungan hidup sel, boleh meningkatkan risiko kemandulan.

Lycopene, pigmen antioksida merah menyala yang ditemui dalam tomato dan lain-lain buah-buahan merah, turut dipercayai mengurangkan risiko kanser berdasarkan kajian penyelidik, tetapi Pentadbiran Makanan dan Perubatan Amerika Syarikat (FDA) berkata, tiada sebarang bukti kukuh untuk dakwaan tersebut.

Di samping itu, Alzheimer juga boleh dicegah dengan pengambilan jus buah delima secara berterusan.

"Tiada makanan yang baik atau buruk," kata agensi kawalan makanan Afssa di Perancis.

"Tetapi, pengambilan diet pemakanan yang seimbang ialah satu perkara penting," jelas pakar onkologi, Dominique Belpomme.

Pakar di pusat penyelidikan kanser dan makanan kebangsaan di Perancis, NACRe berkata variasi diet daripada buah-buahan utama dan sayur-sayuran bersama tidak terlalu banyak alkohol, boleh membantu mencegah kanser mulut, kerongkong, paru-paru, perut, pankreas, usus rektum dan pundi kencing.

Selepas meneliti lebih 7,000 kajian dan penyelidikan di seluruh dunia, World Cancer Research Fund (WCRF) mengesyorkan supaya pengguna mengelak daripada mengambil makanan dan minuman yang tinggi kadar kandungan gula, garam atau lemak dan rendah kandungan fiber di samping melebihkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang.

Pemakanan yang baik adalah kunci untuk merawat pesakit HIV positif apabila malnutrisi melemahkan sistem imunisasi, merendahkan daya ketahanan untuk kesan tahap pertengahan.

Bagaimanapun, makanan yang baik tidak boleh menggantikan antiretroviral sungguhpun didakwa oleh menteri kesihatan kontroversi Afrika Selatan, Dr. Beetroot melawan AIDS dengan bawang putih, lemon dan sayur-sayuran. - AFP
Read More......

Bagaikan 'bom jangka'

NUFERA: MAKANAN BERFUNGSI LENGKAP http://nufera-virgin-coconut-oil.blogspot.com/

Dewasa ini, kulinari Barat semakin diterima dalam menu hidangan kebanyakan rakyat Malaysia. Kentang goreng adalah antara yang bukan lagi asing. Daripada menjadi hidangan popular di restoran makanan segera atau dihidangkan bersama sajian Barat seperti stik atau digoreng sendiri di rumah, kentang goreng begitu mudah diperoleh di mana-mana sahaja.

Kesedaran masyarakat terhadap kesihatan hari ini yang semakin tinggi mendorong kebanyakan daripada kita menyedari keburukan di sebalik kelazatan kentang goreng.

Walaupun, kentang sebenarnya merupakan sumber karbohidrat yang baik, tetapi penyediaan kentang yang digoreng kemudian ditaburkan pula dengan perasa seperti garam menyebabkan menu ini lebih banyak mendatangkan keburukan.


Apatah lagi jika hidangan ini dinikmati di restoran, biasanya minyak yang digunakan untuk menggoreng digunakan berulang-ulang kali sehingga selalunya warna minyak bertukar hitam. Menurut pakar pemakanan Institut Jantung Negara, Mary Easaw, minyak digunakan berkali-kali akan menyebabkan kandungan kalori pada makanan yang digoreng semakin tinggi dan membahayakan kesihatan.

Malah, penyelidikan nutrisi antarabangsa mendedahkan dalam satu hidangan kentang goreng, biasanya kandungan kalori hampir separuh daripada keseluruhan nutrisi yang ditawarkan sajian itu.

Fakta nutrisi menyatakan bagi satu hidangan besar kentang goreng sekitar 169 gram, ia mempunyai 539 kalori, 63.4 gram karbohidrat dan 28.8 gram lemak iaitu 6.7 gram lemak tepu, 7.4 gram lemak trans serta lain-lain.

Tahukah anda berapa lama masa yang anda perlu untuk membakar 539 kalori? Ia bersamaan dengan 40 hingga 60 minit berlari di atas treadmill. Persoalannya, kalau anda fikir kembali, berapa kerapkah anda bersenam dan keduanya, sekiranya anda berada di atas treadmill, berapa lama biasanya anda melakukan larian?

Bagi yang pernah menggunakan treadmill, pasti sudah dapat membayangkan ia bukanlah sesuatu yang berbaloi untuk berlari selama satu jam hanya untuk membakar satu hidangan kentang goreng.

Bagaimanapun, sebagai satu penulisan yang adil, perlu untuk pembaca ruangan ini menyenaraikan juga nutrisi baik yang terkandung di dalam kentang goreng. Satu hidangan besar kentang goreng juga mempunyai dua peratus kalsium, 13 peratus zat besi, lapan peratus vitamin C dan 5.9 gram fiber.

Namun begitu, selain kebimbangan mengenai kandungan kalori yang tinggi, satu lagi kerisauan pakar pemakanan ialah keburukan lemak tepu dan lemak trans. Kajian mendapati kedua-dua lemak ini meningkatkan kolesterol jahat (LDL) sekali gus mendorong kepada risiko penyakit jantung koronori (CAD).

Malah, dengan ramai ibu bapa sudah menghidangkan anak-anak mereka dengan kentang goreng setiap hari, anak kecil anda terdedah untuk mendapat penyakit jantung lebih awal daripada biasa.

Perunding Kardiologi dan Elektrofisiologi, Datuk Dr. Azhari Rosman, menyatakan plak kolesterol sudah terjadi sejak seseorang berusia lapan tahun lagi. Plak kolesterol yang semakin tebal akan menyebabkan darah tersumbat dan menyebabkan CAD.
Read More......

Nyah toksik

NUFERA: MAKANAN BERFUNGSI LENGKAP http://nufera-virgin-coconut-oil.blogspot.com/

MASALAH keletihan dan tidak bermaya memang memeningkan, tambah pula jika dibebani masalah kurang tidur dan seluruh badan terasa sengal.

Ia bukan saja 'menyakitkan', malah tidak salah mengatakan ia pasti
mencacatkan rutin harian hingga boleh membawa kepada tekanan atau 'stres'.

Apabila timbul masalah begini dalam diri anda, ia harus ditangani dengan
bijaksana supaya tidak memudaratkan kesihatan kerana ia boleh menyebabkan
pengumpulan toksik dalam badan dan melemahkan organ.

Selain itu, jika pengambilan makanan tidak seimbang dan wujud gangguan
pencemaran udara, ia meninggalkan lebih banyak kesan negatif kepada sistem
badan dan mengumpul banyak toksik dalam tubuh.



Pengumpulan toksik juga memaksa sistem badan bekerja keras untuk
melupuskannya dengan menggunakan nutrien penting dalam badan, bahkan ia
menghakis tenaga, sekali gus melemahkan sistem imun seseorang.Masalah ini
boleh diselesaikan dengan mudah melalui proses pembersihan seluruh sistem
dalaman atau menyah toksik untuk menghapuskan 'kotoran' dalam badan.

Hati dan sistem penghadaman adalah organ penting membantu melupuskan toksik.
Jika organ ini dibebankan dengan tugas melupuskan toksik secara berlebihan,
toksik akan mula memasuki saluran darah dan merosakkan organ dan kelenjar.

Akibatnya, ia menyebabkan inflamasi (keradangan), pening kepala, berat badan
bertambah dan membuatkan individu terbabit menjadi lesu dan tidak bermaya.

Lantaran itu, amalan menyah toksik kotoran dalam badan penting untuk
memastikan sistem badan dapat berfungsi dengan baik.

Bahkan, ia mampu membawa 'perubahan' kepada paras rupa, deria rasa dan
fungsi badan kerana ia meneutralkan toksik berbahaya dan melupuskannya
daripada badan.
Read More......

Zarah radikal bebas bahayakan manusia

NUFERA: MAKANAN BERFUNGSI LENGKAP http://nufera-virgin-coconut-oil.blogspot.com/

Antara punca perubahan kimia itu ialah tekanan mental, pencemaran, merokok,
racun perosak dan sinaran*

Manusia menyedut oksigen dan menghembuskan karbon dioksida. Oksigen penting
untuk kehidupan dan kerana itu kita menganggap oksigen baik untuk kita.
Namun apabila oksigen yang sama melalui perubahan kimia, ia boleh
menjejaskan manusia. Perubahan kimia itu menghasilkan zarah radikal bebas,
suatu pemangsa molekul yang lapar. Zarah radikal bebas itu bukan benda hidup
seperti bakteria atau virus dan sebagai molekul, ia jauh lebih halus.

Suatu zarah radikal bebas menyebabkan masalah kerana atom oksigennya
kekurangan satu elektron dan ini dilakukan dengan "mencuri" satu elektron
daripada suatu molekul lain. Ini akan menghasilkan suatu zarah radikal bebas
lain yang kemudian memerlukan pengganti bagi elektronnya itu dan kanibalisme
itu akan berterusan. Dalam sehari, ada ratusan bilion zarah radikal bebas
yang menyerang molekul sihat dalam sel tubuh manusia.


Berita baiknya adalah zarah radikal bebas itu dapat dikawal. Perubahan kimia
yang mencetuskan pembentukan zarah radikal bebas itu disebabkan tekanan
mental, pencemaran, merokok, racun perosak dan sinaran. Jadi, dengan
mengawal pendedahan kita kepada unsur itu, kita dapat mengawal pembentukan
zarah radikal bebas yang merosakkan itu.

Ahli sains mendapati penyakit jantung, strok, kanser, artritis dan banyak
lagi penyakit gaya hidup yang merupakan pembunuh utama hari ini disebabkan
zarah radikal bebas itu. Kedut kulit manusia juga disebabkan zarah radikal
bebas itu. Zarah radikal bebas juga didapati punca minyak tengik, besi
berkarat dan bahan api terbakar. Dengan mempelajari lebih lagi mengenai
zarah radikal bebas dan cara mengawalnya, ahli sains dapat membantu
menentang sekurang-kurangnya satu daripada punca penyakit gaya hidup itu dan
mungkin juga usia tua.
Bagaimanapun, sukar untuk mengawal zarah radikal bebas itu kerana ia sangat
reaktif dan dapat dihasilkan dengan tahap radias yang rendah, dengan
metabolisme lemak dalam badan manusia dan melalu pendedahan kepada toksin
kia dan stres. Zarah radikal bebas itu juga bersifat sangat merosakkan
molekul lain dalam badan manusia, merosakkan DNA, membran sel dan struktur
sel yang lain. Zarah radikal bebas itu boleh menghakis dan melumpuhkan
keseluruhan proses biokimia sel. Zarah radikal bebas juga disyaki
mengaktifkan sel kanser yang terpendam. Ia mampu menimbulkan kebinasaan
badan secara dahsyat.

Sebagai tambahan, zarah radikal bebas itu dapat membentuk peroksida apabila
digabungkan dengan oksigen dan lemak tidak tepu yang akan merosakkan sel dan
membran pelindungnya. Kerosakan yang terkumpul bertahun-tahun mengakibatkan
tompok pada kulit, tisu berkedut, kecederaan organ, keradangan, kanser,
penyakit kardiovaskular, strok, penghantaran neuro otak yang lemah dan
saluran darah yang tercedera. Pendek kata, segala tanda dan gejala usia tua.


Andainya anda mengambil sebiji epal, memotongnya kepada dua bahagian dan
mendedahkannya, lama-kelamaan pasti warna epal itu akan berubah. Ini
disebabkan zarah radikal bebas. Pendedahan berlanjutan akan menyebabkan buah
itu menjadi busuk dan akhirnya apa yang tinggal hanyalah kulit yang kering.
Sekarang bayangkan badan manusia sebagai ganti epal itu, dan anda akan
mendapat suatu gambaran yang sesungguhnya mengerikan mengenai kemungkinan
yang berlaku kepada tubuh manusia jika zarah radikal bebas itu dibenarkan
berleluasa tanpa kawalan. Diharap dengan artikel ini para pembaca dapat
memahami kesan zarah radikal bebas kepada tubuh badan kita.

Read More......

Penyakit resdung kulat makin bertambah

NUFERA: MAKANAN BERFUNGSI LENGKAP http://nufera-virgin-coconut-oil.blogspot.com/

RESDUNG ialah sejenis penyakit hidung yang terjadi akibat radang pada
membran sinus. Sinus ialah rongga dalam tulang muka yang mengandungi udara
dan permukaannya diseliputi mukosa (kulit yang mengeluarkan mukus atau
hingus).

Mukosa mengeluarkan hingus dalam keadaan biasa (fisiologikal) dan hingus ini
mengalir keluar dari sinus melalui lubang kecil dinamakan 'ostium' ke dalam
rongga hidung. Apabila 'ostium' tersumbat, hingus terkumpul dalam sinus dan
keadaan ini mengundang kehadiran kuman yang akhirnya boleh membawa kepada
terjadinya resdung.

Resdung boleh disebabkan virus, bakteria atau kulat (fungus). Semakin banyak
kes resdung kulat dijumpai akhir-akhir ini, baik pada pesakit biasa atau
mereka yang ada kompromi imuniti (ralat sistem pertahanan badan).


Penemuan Klinik Mayo pada 1999 mendapati, ada kulat pada 96 peratus
pemeriksaan sampel hingus dari sinus pesakit sinusitis kronik. Ini bermakna
ramai daripada pesakit sinusitis kronik mempunyai resdung kulat atau
penyakit itu menjadi pemula kepada resdung kulat. Satu kumpulan lagi pesakit
yang kerap mengidap resdung kulat ialah mereka yang ada polip hidung.

Bagaimana ia terjadi?

Ketika bernafas, setiap orang menghidu masuk ke dalam hidung berjuta spora
fungus setiap hari (dianggarkan 57 juta spora sehari). Bagaimanapun, spora
ini tidak dapat membiak dalam hidung atau paru-paru yang segar dan sihat.

Mukosa hidung dilengkapi sistem pertahanan tertentu untuk melawan fungus
atau bakteria. Apabila berlaku ralat dalam sistem imuniti setempat atau
umum, spora fungus dapat membiak sehingga menyebabkan resdung kulat.

Besar kemungkinan spora fungus tersedut ke dalam rongga sinus ketika bersin
atau menghembus hingus dengan kuat. Secara tepat bagaimana proses ini
terjadi tidak difahami sepenuhnya.

Apa kesannya kepada hidung dan badan?

Spora dalam rongga sinus akan membiak dan mula memberi kesan buruk kepada
sinus. Kewujudan fungus membawa kepada beberapa reaksi kimia dan pemprosesan
Major Basic Protein (MBP) yang berperanan membunuh fungus, tapi dalam masa
sama memudaratkan mukosa dan membenarkan prolifirasi atau pembiakan
bakteria.

Ada beberapa jenis sinusitis kulat, tetapi ia boleh dibahagikan kepada dua
entiti utama, iaitu:

Jenis yang menyerang struktur sekeliling (invasive). Ini lebih berbahaya.
Satu entiti dipanggil fulminant fungal rhinosinusitis mampu merebak cepat
hingga ke otak dan mengakibatkan kematian dalam masa singkat.

Jenis ini terjadi pada kes diabetes tidak terkawal dan pesakit kurang
ketahanan badan. Penyakit jenis ini menyerang pembuluh darah.

Jenis yang tidak menyerang struktur sekeliling (non-invasive). Contohnya
ialah mycetoma (bebola kulat), allergic fungal sinusitis.

Read More......

Strok akibat seks

NUFERA: MAKANAN BERFUNGSI LENGKAP http://nufera-virgin-coconut-oil.blogspot.com/

PADA Disember 2007, seorang wanita berumur 35 tahun dari Illinois, Amerika
Syarikat menunjukkan simptom yang menyamai strok semasa melakukan hubungan
seksual.

Kebas separuh muka, pertuturan yang tidak jelas sebutannya dan lengan kiri
yang lemah telah membawa wanita itu ke hospital.

Lumpuh muka, pertuturan yang teruk dan lengan kiri yang tidak dapat
digerakkan telah memaksa doktor untuk menggunakan ubat lerai darah beku di
dalam otaknya dalam cubaan segera untuk menghalang strok daripada menjadi
lebih teruk. Ia berkesan.


Wanita itu kemudiannya menunjukkan peningkatan kesihatan yang cepat, dan
simptom strok hampir tidak kelihatan langsung 12 jam selepas prosedur itu.

Doktor memberi perhatian lanjut terhadap kes ini memandangkan wanita
berkenaan tidak mempunyai sejarah penyakit kardiovaskular - masih muda,
tidak merokok dan tiada masalah kesihatan yang serius.

Strok yang diakibatkan seks atau orgasma dikatakan jarang berlaku di
kalangan orang muda, tetapi faktor yang bergabung untuk menyebabkannya
berlaku bukanlah sesuatu yang baru. Hanya penyatuannya yang menjadikannya
unik.

Dan masalah yang dihadapi wanita tadi dikelaskan sebagai gangguan jantung
yang dipanggil PFO, di mana bukaan kecil pada dinding jantung antara
kedua-dua bahagian atas jantung yang membenarkan darah melintasi jantung dan
mengalir terus ke otak.

Read More......

Sakit jantung waktu pagi?

NUFERA: MAKANAN BERFUNGSI LENGKAP http://nufera-virgin-coconut-oil.blogspot.com/

KEMARAHAN boleh merangsang serangan sakit jantung. Tetapi, begitu juga
dengan keadaan yang terlalu panas atau sejuk, pencemaran udara, kurang
tidur, kesedihan, makan berlebihan, bencana alam, senaman mahupun seks.

Sesungguhnya serangan jantung, strok dan degupan jantung berhenti boleh
berlaku secara tiba-tiba. Tetapi, edisi jurnal *Harvard Heart
Letter*baru-baru ini mendedahkan kebanyakan masanya kejadian ini
berlaku sewaktu
bangun pagi.

Sebelum bangun, tubuh kita membebaskan hormon tekanan ke dalam aliran darah
untuk membolehkan kita memperoleh tenaga untuk bangun tidur. Namun, keadaan
ini juga boleh memberi sedikit tekanan kepada jantung.


Tekanan yang sedikit ini boleh mengakibatkan berlakunya masalah serangan
jantung jika salah satu daripada arteri dipenuhi dengan plak-plak yang kaya
dengan kolesterol.

Dehidrasi yang lazimnya berlaku selepas semalaman tidur juga boleh memberi
risiko kepada sistem peredaran tersekat dengan plak. Tambahan pula, ubatan
untuk jantung turut berkurangan sepanjang malam.

Jadi, apabila seseorang melenting, maka peluang mendapat serangan jantung
bertambah sehingga 14 kali selama dua jam selepas naik angin.

Selain itu, aktiviti lasak seperti berlari boleh juga memberi rangsang yang
sama. Namun, bagi yang melakukan senaman secara kerap, kemungkinan untuk
perkara ini berlaku berkurangan. Justeru itu, pastikan senaman menjadi
sebahagian daripada gaya hidup sihat.

Penyakit-penyakit berjangkit seperti pneumonia dan flu boleh juga
meningkatkan risiko serangan jantung dan strok. Akan tetapi, realitinya,
kebanyakan orang masa ini tidak mempunyai tidur yang cukup, makan
berlebihan, terlalu panas, kerap bertengkar dan mendapat selesema tanpa
diserang penyakit jantung.

"Apa pun alasannya, anda boleh belajar mengelakkan rangsangan serangan
jantung setelah mengetahui faktor-faktor yang disebutkan tadi," demikian
menurut Letter.

Read More......

10,000 rakyat Malaysia mati setiap tahun

NUFERA: MAKANAN BERFUNGSI LENGKAP http://nufera-virgin-coconut-oil.blogspot.com/

Ramai mahu berhenti merokok gagal melakukannya

ROKOK memang diketahui penyebab kepada pelbagai komplikasi kesihatan. Namun,
ancaman penyakit 'gagal' menakutkan perokok supaya berhenti merokok.

Secara saintifiknya, apabila perokok menyedut asap daripada rokok, nikotin
sampai ke otak dalam tempoh beberapa saat dan melekat pada reseptor nikotin
dalam otak. Ia kemudian mengaktifkan laluan ke litar otak, sekali gus
menstimulasi rasa seronok di tengah otak.

Bagaimanapun, kesan keseronokan itu hanya seketika menyebabkan perokok
bergantung kepada nikotin dan menjadi terbiasa dengan satu tahap nikotin
dalam sistem tubuh. Jika tahap nikotin itu merosot, perokok akan berasa
sangat sengsara dan gelisah.


Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), perokok tahu mengenai risiko kesihatan yang dikaitkan dengan tabiat merokok. Malah, dalam kajian WHO, ramai perokok mahu berhenti merokok, tetapi kebanyakan mereka kembali merokok kerana ketagih pada nikotin.
Ketagihan itu sangat kronik dan boleh disamakan dengan senario relaps (kembali menyerang) dalam situasi perubatan.

Pengurus Hal Ehwal Perubatan Pfizer, Dr Vicknesh Wellupilai mengakui senario itu kerana nikotin sifatnya mudah merentasi halangan antara darah dan otak dengan hanya satu hembusan dan kemudian mempengaruhi rangkaian fungsi biologi.

“Memang faktor tarikan itu menjadikan perokok menghadapi kesukaran untuk berhenti merokok. Kajian menunjukkan tujuh peratus perokok yang cuba berhenti merokok hanya mampu bertahan untuk beberapa tahun selepas itu. Malah, kebanyakan mereka kembali merokok dalam beberapa hari selepas mula berhenti merokok,” katanya.

Justeru, tidak hairan kajian mendapati komplikasi akibat merokok adalah punca kematian 10,000 rakyat Malaysia setiap tahun. Jika dipecahkan mengikut etnik menunjukkan 55.6 peratus membabitkan orang Melayu, Cina (34 peratus) dan India (33 peratus).

Angka itu tidak begitu menghairankan kerana pada 2002, WHO pernah menyifatkan Malaysia sebagai negara yang mempromosikan merokok secara tidak langsung. Ini berikutan statistik 1997 yang memperlihatkan pengiklanan jenama rokok mencecah hingga AS$90 juta manakala pada 2000, dua firma rokok saja mengeluarkan kos pengiklanan mencecah AS$40 juta.

Senario itu bagaimanapun bukan hanya terhad di Malaysia. Di Amerika, di sebalik angka 438,000 kematian setahun menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) yang berpunca daripada rokok, sebuah firma rokok terbesar di sana membelanjakan lebih dari AS$3 bilion pada 1996 untuk pengiklanan saja.

Lebih hebat, iklan rokok kerap kali dikaitkan dengan tarikan seksual, kejayaan dan kehidupan moden yang sofistikated.

Sejak penyekatan iklan rokok di media massa dan cetak selain harganya yang dinaikkan, ramai yang berhasrat untuk berhenti merokok. Ini ditambah dengan evolusi dalam rawatan berhenti merokok seperti terapi gantian nikotin, sama ada gam atau tampalan.

“Ramai yang ingin berhenti merokok tetapi tidak tahu untuk memulakannya. Justeru, Pfizer melancarkan kempen iaitu “Saya berikrar tidak merokok” bagi memberi peluang kepada perokok yang selalu ingin berhenti tetapi tidak pasti bagaimana caranya,”katanya.

Dr Wellupilai berkata, ikrar yang boleh dihantar melalui laman web, quittingchamp.com.my bukan satu perjanjian untuk berhenti merokok tetapi hanya satu langkah pertama berbentuk dorongan kepada perokok untuk berhenti merokok.

Read More......

Lemak pada hati tiada penawar

NUFERA: MAKANAN BERFUNGSI LENGKAP http://nufera-virgin-coconut-oil.blogspot.com/

Atasinya dengan turunkan berat badan, berhenti ambil arak, bersenam, makan makanan seimbang

MASALAH pada hati boleh berlaku bertahun-tahun lamanya tanpa anda ketahui. Ia selalunya ditemui secara tidak sengaja apabila menjalani ujian darah untuk penyakit lain.

Hati yang bermasalah jarang menunjukkan simptom. Jika ada pun, tahap kerosakan pada hati hanya dapat dikesan selepas ia sudah kronik.

Satu daripadanya, lemak pada hati (fatty liver) iaitu merujuk pada lebihan lemak dalam sel hati. Umumnya, hati mengandungi sedikit lemak, tetapi tidak melebihi 10 peratus daripada berat hati. Jika sebaliknya, lemak pada hati sudah banyak berkumpul dan boleh menyebabkan komplikasi kesihatan yang serius.

Presiden Spirulina Bio-Lab Osaka, Jepun, Dr Yasumasa Kodo, berkata lemak pada hati pada peringkat awal mungkin tidak memberi masalah tetapi jumlah yang banyak kadang kala boleh menyebabkan radang pada hati atau keadaan yang dikenali sebagai steatohepatitis


“Kadang kala radang disebabkan lemak pada hati dikaitkan dengan penyalahgunaan alkohol yang dikenali sebagai ‘alcoholic steatohepatitis’. Bagaimanapun, jika bukan disebabkan alkohol, punca lain itu disebut sebagai ‘non-alcoholic steatophepatitis’ atau NASH.


Hati yang radang boleh berparut dan menjadi semakin serius dari semasa ke semasa. Keadaan ini dinamakan sirosis, ia serius dan boleh menyebabkan kegagalan hati. NASH adalah satu daripada tiga faktor utama sirosis.

“NASH biasanya tiada simptom. Pesakit hanya mengetahui mengenainya melalui ujian darah untuk masalah lain. NASH boleh memusnahkan hati dalam masa bertahun-tahun tanpa sebarang simptom.

Jika ada, simptomnya seperti pesakit mengalami turun berat badan mendadak, sakit perut, letih, lemah dan keliru. Keadaan ini sebenarnya menunjukkan masalah lemak pada hati sudah serius.

Dr Kodo berkata, pengambilan terlalu banyak makanan yang berkalori adalah punca lemak terkumpul di hati. Apabila hati tidak memproses dan memecahkan lemak seperti sepatutnya ia berfungsi, jumlah itu bertambah banyak.

“Mereka yang obes dan diabetes, cenderung dengan masalah ini. Selain itu, kanak-kanak juga tidak mustahil berhadapan dengan masalah lemak pada hati,” katanya.

Selain itu, pengambilan alkohol, penurunan berat badan secara drastik dan pemakanan yang tidak seimbang juga boleh menyebabkan lemak pada hati.

Dr Kodo berkata, tiada ubat atau pembedahan bagi membuang lemak pada hati melainkan anda memperbaiki kesihatan diri.

Jika anda berhadapan dengan masalah lemak pada hati terutama NASH, anda sepatutnya menurunkan berat badan secara selamat (tidak lebih satu atau dua paun dalam seminggu), berhenti mengambil arak, kawal diabetes dengan baik, makan makanan seimbang, bersenam dan kerap membuat pemeriksaan kesihatan.

Walaupun tidak semua tetapi kebanyakan lemak pada hati membabitkan mereka yang berusia pertengahan umur dan terlebih berat. Selalunya mereka yang berisiko adalah;

Terlebih berat (BMI antara 25-30)

Obesiti (BMI lebih 30)

Diabetes

Persatuan Hati Kanada melaporkan 20 peratus dewasa yang dikesan dengan NASH akhirnya didiagnos dengan sirosis dan 11 peratus mengalami masalah hati lain yang membawa maut. Kegagalan hati yang kronik memerlukan pendermaan hati.

Bagaimanapun, Dr Kodo berkata, hasil penyelidikan Spirulina Bio-Lab dan Universiti Kebangsaan Okayama National (UKON) Jepun mendapati dalam konteks lemak pada hati ia boleh diperbaiki dengan pengambilan spirulina.

“Spirulina bukan ubat ajaib yang boleh menyembuhkan lemak pada hati tetapi pesakit boleh mengambilnya kerana ia dapat memperbaiki keadaan lemak pada hati selain sifatnya yang anti oksidan,” katanya.

Dr Kodo berkata, spirulina yang terkenal sebagai ejen anti-penuaan juga baik diambil sebagai pelengkap dalam diet.

Read More......

Enzim betik kesan logam berat

NUFERA: MAKANAN BERFUNGSI LENGKAP http://nufera-virgin-coconut-oil.blogspot.com/

LOGAM berat merupakan kumpulan bahan pencemar organik yang kritikal kerana ia tidak boleh terurai melalui proses degradasi dan akan terus kekal berada di dalam ekosistem.

Di Malaysia, pencemaran logam berat telah mencapai ke tahap berbahaya dengan statistik menunjukkan 10.4 peratus daripada 420,000 tan bahan buangan berjadual mengandungi logam berat terutama dalam bentuk lumpur.

Antara contoh bahan logam berat adalah seperti merkuri, argentum, plumbum, zink, kadmium dan kuprum.

Pendedahan yang kerap terhadap bahan tersebut boleh memberi kesan buruk jangka panjang terhadap kesihatan seperti merencatkan pertumbuhan, melemahkan minda, merendahkan daya tahan penyakit, merosakkan enzim dan menyebabkan penyakit kanser.


Kita mungkin sukar untuk mengenal pasti kewujudan bahan ini kerana ia melarut dalam medium cecair seperti air sungai, laut, longkang dan sebagainya.

Namun, melalui penyelidikan oleh Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menghasilkan produk penentuan logam berat berasaskan enzim.

Produk yang diberi nama Kit Xenoassay itu mengaplikasikan enzim papain yang banyak terdapat di dalam buah betik.


Kelebihan enzim tersebut adalah ia sangat sensitif terhadap kehadiran logam berat, mempunyai julat pH yang sesuai untuk aktiviti yang optimum serta stabil pada suhu persekitaran.

Menurut penyelidiknya, Dr. Mohd Yunus Abd. Shukor, kit tersebut yang direka dalam bentuk mikroplat berupaya mengukur pelbagai jenis sampel dalam jumlah yang banyak.

‘‘Satu kit ini boleh digunakan untuk menjalankan sebanyak 95 sehingga 100 ujian.

‘‘Kos menjalankan ujian menggunakan kit ini juga adalah lebih murah iaitu lebih kurang 50 sen untuk satu ujian,’’ katanya ketika ditemui pada Majlis Promosi Hasil Penyelidikan UPM di Serdang, baru-baru ini.

Kit Xenoassay merupakan teknik pengesanan logam terlarut yang mudah kerana ia memberikan keputusan yang cepat serta boleh digunakan secara terus di lokasi tanpa perlu membawa sampel ke makmal.

Ia secara tidak langsung dapat memudahkan proses pemeriksaan serta menjimatkan masa kerana hanya sampel yang positif akan dibawa ke makmal untuk penyelidikan lanjut.

Untuk menggunakannya, Kit Xenoassay akan dimasukan ke dalam sampel cecair yang dikatakan tercemar.

Sampel yang bebas dari logam berat akan bertukar kepada warna perang manakala sampel yang kekal berwarna biru menunjukkan kehadiran logam berat.

Dengan kemudahan tersebut, penggunaan Kit Xenoassay boleh diaplikasikan oleh agensi kerajaan seperti Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) dalam menentukan tahap pencemaran air sungai atau pun laut.

Ia juga boleh digunakan oleh para pelajar untuk menjalankan eksperimen bioteknologi berkaitan kesan logam berat terhadap aktiviti enzim.

Apa yang paling penting adalah pelajar-pelajar dididik sejak dari peringkat sekolah untuk memupuk kesedaran bahawa pencemaran alam sekitar memberi banyak kesan buruk kepada kehidupan.

Read More......

Lelaki bandar gemuk, berpenyakit

NUFERA: MAKANAN BERFUNGSI LENGKAP http://nufera-virgin-coconut-oil.blogspot.com/

Lelaki bandar gemuk dan berpenyakit!
Itulah hasil kajian Persatuan Andrologi Malaysia dan Kajian Penuaan Lelaki
(MSASAM) yang mendapati 77 peratus lelaki yang berusia di antara 40 dan 70
tahun mengalami berat badan berlebihan di negara ini.

Ekoran daripada masalah tersebut juga sebanyak 48 peratus daripada golongan
itu menghidapi darah tinggi, kencing manis (28 peratus) penyakit jantung (12
peratus), prostat (30 peratus) dan 59.4 peratus mengalami disfungsi ereksi
(ED) atau mati pucuk.


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, (KPWKM), Datuk Dr. Ng
Yen Yen berkata, walaupun kajian tersebut diadakan di Subang dan Kelana
Jaya, Selangor, tetapi ia merupakan gambaran sebenar tahap kesihatan lelaki
di Malaysia.

"Ini punca jangka hayat lelaki lebih singkat berbanding wanita iaitu
kira-kira lima hingga tujuh tahun dan berdasarkan penyelidikan ini
mendapati, sikap kaum lelaki terhadap kepentingan menjaga kesihatan juga
menjadi punca kepada masalah itu.

"Keengganan untuk mendapatkan bantuan dan bimbang dianggap lemah turut
menyebabkan tahap kesihatan yang rendah, malah Akademi Pakar Perubatan
Keluarga Amerika mengesahkan terdapat 30 sikap yang boleh menyebabkan mereka
berisiko mendapat penyakit," katanya

Read More......

Pengawalan diabetes lindungi buah pinggang anda

NUFERA: MAKANAN BERFUNGSI LENGKAP http://nufera-virgin-coconut-oil.blogspot.com/

DIABETES membahayakan buah pinggang anda. Maka, pengawalan penyakit diabetes
yang baik dapat mencegah atau melambatkan proses penyakit buah pinggang.

Andy, seorang pesakit diabetes, berpendidikan tinggi dan mempunyai kerjaya
yang mencabar. Dia menganggap penyakit diabetesnya di bawah kawalan.

Oleh kerana terlampau sibuk, dia telah membuat rawatan sendiri. Dia tidak
meneruskan rawatan susulannya tetapi membeli ubat dari farmasi atau kedai
ubat.

Keadaan ini diteruskan untuk tempoh yang lama sehingga dia mengalami
kelesuan dan berasa mual pada waktu pagi. Keputusan pemeriksaan kesihatannya
mengesahkan dia mengalami kegagalan buah pinggang.

Diabetesnya juga bertambah teruk. Dia menyesal kerana tidak mendengar
nasihat doktor untuk pemeriksaan kesihatan yang patut dilakukan secara
kerap.


Anna berusia 40 tahun dan memiliki segalanya; suami yang baik, gaji lumayan dan rumah sendiri. Pada 15 tahun yang lalu, dia menghidap diabetes semasa mengandung dan telahpun dirawat. Dia menyangka akan kembali pulih selepas itu.


Tanpa diketahui, dia telah menghidapi pra-diabetes. Apabila abang sulungnya disahkan menghidapi diabetes, dia menjalankan pemeriksaan kesihatan dan mendapati keputusan pemeriksaan darah menunjukkan dia menghidapi diabetes jenis kedua.

Anna dan Andy pula merupakan dua daripada sebilangan ramai yang menghidapi penyakit diabetes dan juga penyakit buah pinggang.

Ramai antara mereka tidak mengetahui mereka berisiko untuk mendapat penyakit diabetes atau kegagalan buah pinggang. Di sinilah anda perlu tahu kaitan penyakit diabetes dan kegagalan buah pinggang.

Kesan diabetes ke atas buah pinggang

Buah pinggang berfungsi untuk menapis darah daripada bahan-bahan buangan dan cecair yang berlebihan, yang kedua-duanya akan dikeluarkan sebagai air kencing.

Apabila buah pinggang tidak mampu menapis secara normal, pengumpulan cecair dan bahan-bahan buangan akan berlaku dan membahayakan badan manusia.

Kebiasaannya pesakit diabetes mengambil masa 10 hingga 20 tahun untuk menghadapi kegagalan buah pinggang. Jangkamasa ini juga memberi peluang untuk mengelakkan kegagalan buah pinggang.

Ada sesetengah keadaan di mana penyakit diabetes telah berlaku untuk tempoh yang lama sebelum ia dikesan.

Kerosakan organ telah pun berlaku semasa penyakit diabetes disahkan. Oleh itu, pengesanan awal diabetes sangat penting untuk mengawal diabetes dan mencegah kegagalan buah pinggang.

Apakah itu Diabetes Mellitus?

Diabetes Mellitus ialah keadaan di mana insulin yang dihasilkan oleh pankreas tidak mencukupi atau badan tidak mampu bertindakbalas dengan insulin secara normal.

Tahap glukosa dalam badan akan meningkat dan menyebabkan komplikasi seperti kegagalan buah pinggang.

Adakah anda tahu Diabetes Mellitus merupakan punca utama kegagalan buah pinggang peringkat akhir di Malaysia?

Menurut laporan Daftar Tranplan dan Dialisis Malaysia 2006 yang ke-14, sebanyak 57 peratus daripada pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang menghidap penyakit kencing manis, iaitu Diabetes Mellitus.

Penjagaan buah pinggang untuk pesakit diabetes

- Mengawal diabetes anda

Pengawalan diabetes yang betul boleh mencegah atau melambatkan perkembangan penyakit buah pinggang. Mencapai dan mengawal tahap kestabilan gula dalam darah dan tekanan darah adalah perlu bagi pesakit buah pinggang.

Antara faktor yang menyebabkan berlakunya penyakit buah pinggang ialah pesakit tidak mengawal kadar gula dalam darah dan tekanan darah tinggi.

Apabila buah pinggang telah gagal, protein akan terkeluar melalui air kencing, ini menyebabkan kerosakan teruk pada buah pinggang. Ini dapat dikawal melalui kestabilan tekanan darah dan juga dengan penggunaan ubat-ubatan tertentu.

Pesakit kencing manis dan buah pinggang juga berisiko tinggi untuk mendapat serangan jantung dan strok. Oleh itu, adalah penting untuk mengawal tahap lemak dengan melakukan senaman, pengawalan berat badan dan berhenti merokok.

- Jangan gagal menghadiri rawatan susulan

Kegagalan menghadiri rawatan susulan boleh menjejaskan kestabilan diabetes yang akan menyebabkan komplikasi pada buah pinggang.

Kebiasaannya penglibatan penyakit buah pinggang ini berlaku tanpa disedari kecuali pada peringkat lewat. Penyakit buah pinggang ini tidak mempunyai gejala dan tanda fizikal awal untuk memberi amaran kepada pesakit.

Walau bagaimanapun, doktor dapat mengawal keadaan pesakit dan mengesan penglibatan buah pinggang melalui ujian asas seperti memeriksa kadar tekanan darah dan mengambil sampel air kencing dan ujian darah.

Ingat, penyakit diabetes berpotensi merosakkan sistem organ yang lain dalam badan dan bukan sahaja buah pinggang. Menghadiri rawatan susulan secara kerap boleh melindungi jantung, saluran darah, otak, saraf, mata dan juga kulit.

- Ubat-ubatan membantu, bukan menjadikannya teruk.

Ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor anda adalah untuk membantu mengawal diabetes, tekanan darah dan juga keadaan yang lain.

Ramai pesakit bimbang dengan pengambilan ubat-ubatan yang banyak kerana mereka salah faham ini akan memudaratkan.

Perlu ditekankan di sini kemungkinan kesan sampingan pengambilan ubat yang berterusan adalah minimum. Adalah lebih merbahaya untuk membiarkan penyakit tersebut tidak dirawat dan terkawal.

Anda juga tidak digalakkan mengambil ubat tradisional dan penggunaan ubat tahan sakit kerana ini boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.

- Makan secara sihat

Sekiranya anda pesakit diabetes, anda seharusnya menjaga keseimbangan pemakanan. Anda boleh mengamalkan diet seperti biasa tetapi utamakan kawalan pengambilan karbohidrat dan juga lemak.

Seandainya anda telah mengalami kegagalan buah pinggang, anda perlu mengawal pengambilan protein, natrium, potassium dan fosforus mengikut pelan pemakanan oleh doktor atau pakar pemakanan anda.

Pencegahan diabetes

Seseorang yang mempunyai tahap glukosa dalam darah yang tinggi tetapi tidak setinggi dengan tahap diabetes diklasifikasikan sebagai pra-diabetes.

Kajian dijalankan oleh Program Pencegahan Diabetes (DPP) lima tahun lalu menunjukkan lebih kurang 11 peratus pesakit pra-diabetes akan lama-kelamaan menghidapi diabetes jenis kedua. Oleh itu, pengesahan awal pra-diabetes adalah penting.

Seperti Anna, dia menghabiskan banyak masa dengan kehidupan harian dan tidak sedar pra-diabetes yang dialaminya kerana tanda-tanda penyakit berkembang secara perlahan ataupun tidak muncul.

Sekiranya anda dalam kumpulan berisiko tinggi, anda seharusnya membuat pemeriksaan untuk memastikan jika anda mempunyai pra-diabetes.

Permulaan gaya hidup yang sihat

Gaya hidup yang sihat boleh mencegah anda daripada menghidapi diabetes jenis kedua. Ini adalah langkah permulaan untuk mencegah kegagalan buah pinggang pada peringkat akhir disebabkan diabetes.

Program Pencegahan Diabetes menunjukkan orang yang mempunyai pra-diabetes boleh mencegah atau melewatkan menghidap diabetes jenis kedua dengan mengurangkan lima hingga 10 peratus berat badan melalui senaman dan pengambilan diet yang mengandungi kalori dan lemak yang rendah. Anda dicadangkan melakukan senaman 30 minit sehari sebanyak lima kali seminggu.

Penyakit diabetes dan buah pinggang kronik adalah penyakit yang kian meningkat dan membahayakan. Walau bagaimanapun, perkara yang paling penting ialah rawatan dan pengesanan awal.

Ia amat penting untuk bekerjasama dengan doktor bagi mencegah ataupun mengurus diabetes dengan rawatan yang sesuai.

Bahaya perubatan sendiri

Pesakit diabetes dinasihatkan tidak merawat diri sendiri dengan membeli ubat-ubatan dari kedai ubat atau merawat secara tradisional.

Ramai penghidap diabetes berbuat demikian dan menghentikan rawatan doktor. Keadaan penyakit ini mungkin menjadi lebih teruk dan buah pinggang anda mungkin berada di peringkat akhir apabila dikesan.

Oleh itu, anda dinasihatkan untuk mematuhi arahan doktor dan mengambil ubat- ubatan yang disyorkan. Jika anda mempunyai persoalan tentang ubat-ubatan, sila rujuk kepada doktor anda untuk mendapatkan nasihat lanjut.

Sokongan keluarga

Keluarga memainkan peranan penting untuk memberi bantuan kepada warga emas yang berpenyakit. Kadang-kala mereka tidak faham atau mengingati nasihat doktor.

Temanilah mereka semasa menghadiri rawatan susulan. Pastikan mereka mengambil pemakanan yang betul dan mengikut nasihat yang diberi oleh pakar pemakanan ataupun doktor.

Anda juga boleh mengetahui tahap kesihatan ahli keluarga anda dan membantu memantau keadaan mereka

Read More......

Cara pemakanan cegah penyakit

NUFERA: MAKANAN BERFUNGSI LENGKAP http://nufera-virgin-coconut-oil.blogspot.com/

MASYARAKAT Malaysia mempunyai pelbagai tabiat pemakanan yang - baik golongan
kanak-kanak atau dewasa. Salah satu tabiat pemakanan yang kurang sihat
tentunya mengambil santapan berat pada waktu tengah malam.

Melalui bengkel yang dianjurkan oleh Nestle di The Saujana Kuala Lumpur,
peserta bukan sahaja mendapat maklumat mengenai cara pemakanan sihat malah
pengambilan nutrisi harian yang betul.

Bengkel yang dianjurkan ini bertujuan untuk memberi informasi mengenai isu
kesihatan dan tabiat pemakanan rakyat Malaysia, di samping berdiskusi
mengenai apa yang dimakan anak-anak di sekolah.


Menurut Pengurus Besar Mindshare Malaysia, Ng Tze Lian ada banyak tabiat dan
cara pengambilan makanan rakyat Malaysia. Antaranya termasuklah makanan
kesihatan, makanan terbaru, cara makan berhemah, mesra alam dan makan
mengikut teknik.

"Makanan kesihatan yang dimaksudkan adalah lebih kepada kandungan garam,
gula dan bahan perasa yang diambil dalam kuantiti yang sedikit. Makanan
organik juga merupakan salah satu makanan yang mendapat perhatian sekarang
ini," katanya.

Sementara itu, Pakar Perubatan kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan
Malaysia Dr. Feisul Idzwan Mustapha berkata, penyakit yang tidak berjangkit
boleh dikawal dan dicegah. Penyakit kronik yang tidak berjangkit
(*Non-Communicable
Disease) *ini ada berhubung kait dengan pengambilan makanan yang diambil.

Kajian yang dijalankan oleh kajian Mobiliti kesihatan Nasional pada tahun
2006 menunjukkan, golongan yang sedar akan kewujudan penyakit diabetes di
Malaysia ini cuma 14.9 peratus.

"Jumlah ini terlalu sedikit jika dibandingkan kadar peningkatan diabetes
setiap tahun.

"Sejak tahun 2006 hingga 2008 jumlah mereka yang menghidap diabetes adalah
1.5 juta orang. Mereka yang terlibat berumur 18 tahun ke atas," katanya.

Read More......

DIET MENGEJUT MEMBAHAYAKAN

NUFERA: MAKANAN BERFUNGSI LENGKAP http://nufera-virgin-coconut-oil.blogspot.com/

PENGKAJI dari Universiti Glasgow, Britain mendapati makan dalam amaun yang
banyak pada satu masa dan diet secara mengejut boleh memendekkan jangka
hayat.

Kajian ke atas ikan stickleback ini menunjukkan ikan yang diberi makan yang
banyak dalam satu masa berkurang jangka hayatnya sehingga 25 peratus.

Mereka percaya penemuan daripada kajian yang membandingkan kadar
pertumbuhan, kejayaan menghasilkan telur dan jangka hayat ini mempunyai
implikasi signifikan ke atas remaja dan kanak-kanak yang mengikuti corak
diet yang ekstrem seperti itu kerana kedua-dua kelompok ini masih dalam
proses tumbesaran.


Pertumbuhan yang tidak sekata berikutan penurunan jumlah ambilan makanan
dalam sehari, menjadi punca meningkatnya risiko kematian mengejut.

Profesor Neil Metcalfe berkata: "Ikan-ikan yang mendapat makanan yang
berkurangan menunjukkan usaha yang sama banyak untuk membiak sebagaimana
sebelum itu.

"Namun, jangka hayat mereka hanyalah tiga perempat daripada ikan lain yang
mendapat amaun makanan yang sama setiap hari."

Read More......

Diet pesakit diabetes

NUFERA: MAKANAN BERFUNGSI LENGKAP http://nufera-virgin-coconut-oil.blogspot.com/

SEMUA orang tahu tentang diabetes. Ia bukanlah satu penyakit asing. Dengan
jumlah pesakit yang kini dirujuk sebagai endemik di seluruh dunia, diabetes
sudah dianggap satu penyakit biasa dalam kehidupan moden hari ini.

Walaupun didiagnos menghidap diabetes, ramai pesakit yang mengabaikan diet
dan nutrisi harian mereka.

Keadaan itu memburukkan lagi tahap kesihatan pesakit dan mendorong kepada
pelbagai penyakit 'pakej' lain.

"Pesakit sebenarnya perlu memantau dan menjaga makanan yang mereka ambil
jauh lebih teliti berbanding orang lain," ujar perunding diabetes di sebuah
pusat kesihatan, Indra Balaratnam.



Katanya, darah pesakit diabetes mengandungi tahap glukosa yang tinggi
disebabkan oleh sistem tubuh mereka yang tidak bertindak secara normal.

Sehubungan itu, tubuh mereka tidak dapat memproses glukosa dengan efisien.

Lantaran itu adalah sangat penting bagi pesakit kencing manis menilai semula
diet harian mereka untuk mencapai keseimbangan insulin dan glukosa.

Diet yang sihat adalah memastikan menu harian anda terdiri daripada lima
kumpulan makanan iaitu karbohidrat kompleks, buah-buahan, sayuran, daging
dan susu.

"Saiz hidangan bagi setiap kumpulan makanan ini sangat penting kerana ia
membantu mendapatkan keseimbangan karbohidrat yang diambil," katanya.

Jadi untuk mengukur saiz hidangan yang betul, anda perlu mempunyai satu set
peralatan mengukur seperti peralatan mengukur membuat kek yang anda boleh
peroleh di pasar raya.

Selain itu, pesakit diabetes juga seharusnya mempunyai jadual makan yang
teratur dan tetap bagi membolehkan tubuh berfungsi dengan lebih efesien.
Read More......

PENYAKIT TULANG DALAM GENETIK

NUFERA: MAKANAN BERFUNGSI LENGKAP http://nufera-virgin-coconut-oil.blogspot.com/

PENGKAJI telah mengenal pasti dua mutasi genetik yang meningkatkan risiko
osteoporosis dan kecederaan tulang yang berkaitan.

Penemuan yang dilaporkan dalam jurnal perubatan Lancet ini diperhatikan
dalam kalangan 20 peratus daripada individu yang diuji.



Pengkaji di Kolej King, London, Tim Spector dan Brent Richards, melaporkan
mereka dapat mengenal pasti kaitan antara penurunan ketumpatan mineral
tulang dan perubahan kromosom dalam 2,094 gen kembar perempuan.

Pada kromosom 11, perubahan itu dikaitkan dengan 30 peratus peningkatan
risiko mengalami osteoporosis dan kecederaan yang berkaitan. Bagi kromosom
8, mutasi yang berlaku meningkatkan risiko itu sehingga 20 peratus.

Untuk mereka yang mengalami kedua-dua perubahan, risiko mereka melonjak
sehingga 30 peratus.

Kedua-dua gen ini adalah sasaran penting untuk perawatan dan ubat untuk
merawatnya kini sedang dibangunkan.
Read More......

Kosmetik perosak kulit

NUFERA: MAKANAN BERFUNGSI LENGKAP http://nufera-virgin-coconut-oil.blogspot.com/

PELABUHAN KLANG - Tidak ada sesiapa menyedari sejak dua tahun lalu ada
sebuah syarikat kosmetik terkenal dalam diam-diam mengimport produk-produk
kecantikan terlarang dari Indonesia dan China untuk dibungkus semula di sini
sebelum dijual menggunakan jenamanya sendiri.

Akibatnya, pelanggan bukan sahaja ditipu dengan produk palsu tetapi juga
antara lain mengandungi bahan memproses filem, hidrokuinon yang boleh
mengakibatkan risiko kulit kemerah-merahan, bertompok-tompok dan mengelupas,
malah lebih teruk lagi kanser kulit.

Antara produk mereka ialah krim malam, krim pencerah, krim rawatan kulit
serta lulur herba.



Namun, kegiatan pengusaha terbabit terbongkar juga apabila sepasukan 10
anggota penguat kuasa Farmasi Jabatan Kesihatan Selangor menyerbu kilangnya
pembungkusannya di sini semalam dengan merampas pelbagai produk kecantikan
bernilai lebih RM35,000.

Jurucakap Bahagian Penguat Kuasa Farmasi berkata, semua jenama produk
kecantikan yang diharamkan itu ditemui dalam beberapa kabinet di makmal
kilang itu.

Jelasnya, pengusaha terbabit dipercayai membotolkan semula 100 peratus
produk yang diimport tanpa izin syarikat pengeluar asal, satu lagi tindakan
yang menyalahi peraturan Kementerian Kesihatan.

"Produk itu diharamkan penggunaannya di negara ini kerana boleh memudaratkan
kulit," katanya.

Katanya, kes tersebut kini disiasat di bawah Akta Racun 1952 yang mengenakan
penjara dua tahun atau denda maksimum RM5,000 atau penjara selama dua tahun
atau kedua-duanya sekali.

"Kami akan terus jalankan pemeriksaan dan operasi dari semasa ke semasa bagi
membendung kegiatan ini,' ujarnya.
Read More......

Awas Pinggan Mangkuk Diperbuat Campuran Tulang Babi

NUFERA: MAKANAN BERFUNGSI LENGKAP http://nufera-virgin-coconut-oil.blogspot.com/

PETANG semalam selepas makan di food court di Alpha Angle berhampiran rumah
bersama rakan lama, Pyan Habib saya bersama isteri dan anak-anak melilau
sekejap dalam kompleks itu untuk melepaskan penat kerana lengguh setelah
lama melayari internet dan mengisi blog.Kebetulan di situ saya masuk ke
ruangan pameran pinggang mangkuk. Sudah lama saya terliur dengan pinggan
mangkuk *dinner set* dan *tea set* yang dipamer. Ia simple dan menarik.
Setiap kali tersasau ke kompleks itu saya akan menjenguk ke ruangan pameran
itu.

Kerana semalam ada sedikit masa terluang saya memerhatinya dari dekat.
Melihat reka bentuk dan juga harganya. Harga boleh tahan dan mampu milik.
Nampak ianya bermutu dan berkualiti... ada kombinasi klasik dan modern.



Hati berkenan dan berhajat untuk memiliki. Sempat juga tiga keliling pusing
melihat pinggang mangkuk berkenaan, macam ikan sepilar nak belaga barangkali
gayanya! Baru nak panggil promoter nak bertanyakan harga, tiba-tiba muncul
seorang perempuan umur dalam lingkungan 50-an ke atas. Mulanya saya ingat
dia promoter.

"Encik nak beli ke?" begitulah tanyanya. Saya sikit terperagah. "Kalau ianya
dibuat dari Cina tertulis Han Bone China, elok jangan beli encik..?' katanya
mensuspenkan sikit saya.

Tanpa sempat saya bertanya dia menjelaskan, kalau ada tanda Han China ia
diperbuat daripada tulang babi. Ada campuran tulang babi..." jelasnya. Saya
terkulat-kulat sekejap.

Belum sempat saya bertanya dia menjelas lagi; "Saya selalu ke luar negeri
dan tengok sendiri dikilangnya macam mana ia dibuat. Ada campuran tulang
babi," katanya lagi, jujur.

Belum sempat saya mendapat penjelasan lanjut perempuan itu sudah berlalu.
Saya rasa dia ikhlas memberi tahu hal itu. Menurut isteri yang nampak
perempuan itu bersama suaminya ketika itu sudah menuju ke eskeletor untuk
turun dan begitu melihat saya sedang memegang pinggang dia pusing semula dan
mendapatkan kami.Selepas mendengar itu tiba-tiba selera untuk meneliti dan
memilik pinggang berkenaan hilang terus. Babi! Ia satu nama yang cukup
sensitif bagi orang Melayu. Mulanya saya cuba mencari justifikasi dalam diri
bagaimana untuk menolaknya. Hanya setakat campuran dalam bentuk serbuk...
fikir saya, masakan... Ah... sudah bercampur jadi tidak bolehlah. Kalau beli
dan memilikinya ia sudah jadi bersubahat!
Selepas meninggalkan tempatan itu ingatan serta merta juga terkenang kepada
persoalan dibangkitkan di Parlimen mengenai makanan haram di hotel yang
dibangkitkan oleh ahli Parlimen. Kalau benarlah pinggang keluaran Han Bone
China itu diperbuat dengan campuran tulang babi tak moleklah membelinya.
Haram!

Sambil berjalan pulang saya terus terkenang kepada pinggang itu dan
merasakan bagaimana bukan Islam cuba mempermain atau mengenakan umat Islam.
Mungkin mereka tidak ada niat hendak perkenakan orang Islam tetapi kerana
teknologi semasa atau penemuan baru dalam dunia pinggang mangkuk secara
tidak langsung telah mengenakan orang Islam yang tidak berhati-hati.

Di sini kalau boleh saya ingin cadangkan supaya Kemeterian Perdagangan Dalam
Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, bersama Jabatan Kemajuan Islam (Jakim)
mengambil berat perkara ini. Mana-mana barangan atau apa juga benda yang
dimport dari negara bukan Islam hendaklah ditelitikan dan dipastikan tentang
kesahihan halal haramnya.

Adalah malang kita yang begitu kuat berpegang kepada Islam tetapi tanpa
sedar telah menjadi pengguna kepada barangan keluaran negara luar yang boleh
merosakan iman dan aqidah kita.

Artikel dari info kesihatan@yahoogroup
Read More......

Pantau paras glukosa darah anda

NUFERA: MAKANAN BERFUNGSI LENGKAP http://nufera-virgin-coconut-oil.blogspot.com/

BAYANGKAN diri anda cukup sihat untuk melakukan semua yang anda inginkan dalam kehidupan, seperti memulakan perniagaan sendiri, melancong mengelilingi dunia setelah bersara, melihat cucu-cucu anda membesar.

Semua ini boleh berlaku walaupun anda menghidap diabetes. Asalkan anda boleh menguruskan diabetes dengan sempurna, anda boleh yakin akan dapat mengalami kehidupan yang bermakna seperti jua mereka yang tidak menghidap diabetes.

Pengurusan diabetes yang baik bermula dengan mengetahui dan seterusnya mengawal paras glukosa darah anda. Dengan mengamalkan pemantauan sendiri paras glukosa darah (SMBG) di rumah, anda sentiasa akan boleh mengetahui paras glukosa darah anda.



SMBG merupakan suatu prosedur yang sangat mudah yang melibatkan mencucuk hujung jari anda dengan jarum khas yang dipanggil lanset dan kemudiannya menjalankan ujian kepada titisan darah dengan sebuah meter glukosa darah (glukometer). Glukometer akan memberikan bacaan paras glukosa darah anda yang terkini.

Kawalan yang lebih baik dengan SMBG

Kajian telah berkali-kali menunjukkan bahawa mereka yang mengamalkan SMBG secara kerap dapat menguruskan paras glukosa darah dengan lebih baik. Ini boleh disahkan dengan paras HbA1c yang baik (sila lihat rencana berkotak di bawah).

Kawalan ketat sedemikian adalah sangat penting untuk pencegahan dan/atau melambatkan terjadinya komplikasi-komplikasi diabetes. Seperti yang telah anda baca dalam artikel kami sebelum ini yang telah dipaparkan pada Hari Jantung Sedunia, iaitu 30 September 2007, pengurusan diabetes yang tidak sempurna akan mengakibatkan banyak komplikasi, terutama sekali penyakit jantung.

Mari lihat statistik-statistik berikut:

* Penghidap diabetes adalah 2 hingga 4 kali lebih cenderung untuk terkena penyakit jantung atau strok berbanding mereka yang tidak menghidap diabetes

* 2 daripada 3 orang yang menghidap diabetes, terutama jika tidak dikawal dengan baik, akan meninggal dunia akibat penyakit jantung atau strok

* Mereka yang menghidap diabetes lebih cenderung untuk meninggal dunia akibat serangan jantung berbanding mereka yang tidak menghidap diabetes

* Bagi mereka yang menghidap diabetes, serangan jantung biasanya berlaku lebih awal dan berkemungkinan besar akan mengakibatkan kematian.

Diabetes yang tidak diuruskan dengan baik juga akan membawa kepada banyak lagi komplikasi lain.

Projek Pengumpulan Data Penjagaan Diabetes (kajian DCDCP) yang dijalankan di seluruh Malaysia pada tahun 1997 telah mendapati bahawa 53 peratus daripada penghidap diabetes telah mendapat retinopati diabetes (yang akan menyebabkan buta), 58 peratus telah menderita akibat neuropati (punca utama amputasi kaki) dan 52 peratus pula mempunyai mikroalbumin di dalam urin, yang bermakna mereka mengalami kerosakan buah pinggang.

Melihatkan bagaimana banyak jenis komplikasi diabetes yang boleh merampas kehidupan bermakna seseorang itu, anda mungkin akan membuat anggapan bahawa SMBG mesti sedang diamalkan secara meluas oleh rakyat Malaysia.

Malang sekali, mengikut kajian DCDCP, hanya 0.6 peratus daripada penghidap diabetes mengaku ada memantau glukosa darah mereka secara kerap!

Menerusi artikel ini, kami berharap dapat menggalakkan anda untuk mula mengamalkan pemeriksaan sendiri glukosa darah (SMBG) anda secara kerap sebagai satu langkah pertama ke arah kesedaran bahawa anda boleh mengawal diabetes anda dengan mudah walaupun ia merupakan penyakit yang serius.

Tip bagi mereka yang ingin mengamalkan SMBG

1. Membuat keputusan untuk memantau setiap hari. Anda perlu memantau glukosa darah anda sekurang-kurangnya sekali dalam sehari. Anda boleh menambah kekerapannya secara berperingkat sebagai sebahagian daripada usaha anda untuk mengetatkan kawalan diabetes anda.

Setelah paras glukosa darah optimal dicapai, anda mungkin boleh mengurangkan kekerapan pemantauan kepada sekali dalam 3-4 hari, terutama jika anda mempunyai diabetes jenis 2.

2. Maklumkan doktor anda. Doktor anda pasti gembira mendengar bahawa anda telah membuat keputusan untuk mengamalkan SMBG.

Bagi memastikan anda mendapat manfaat daripada SMBG, doktor atau pendidik diabetes anda akan menjelaskan sasaran paras glukosa darah anda yang sepatutnya, bergantung kepada keadaan diabetes anda.

Secara amnya, paras lingkungan yang sihat adalah di antara 4 mmol/L - 6 mmol/L (sebelum makan) dan kurang 8 mmol/L (dua jam selepas makan).

3. Membeli sebuah glukometer. Terdapat banyak model di pasaran dan anda perlu memilih yang paling sesuai untuk anda. Selain daripada harganya, anda juga perlu melihat ciri-ciri pada setiap model seperti saiz, berat, kemudahan penggunaan serta kesenangan untuk dibawa ke mana-mana. Terdapat sesetengah meter yang amat canggih di mana ia hanya memerlukan sedikit darah sahaja (diambil dari hujung jari atau kawasan lain) untuk memberikan anda keputusan yang cepat serta tepat.

Banyak juga yang mempunyai memori yang dapat merekod paras glukosa darah anda dan ini akan membolehkan doktor/pendidik diabetes anda menyemaknya. Jangan lupa meminta suatu demonstrasi sebelum membeli meter tersebut. Jika perlu, dapatkan bantuan doktor atau pendidik diabetes untuk membuat saranan.

4. Catatkan keputusan anda. Catatkan semua keputusan anda dalam buku nota yang khusus untuk tujuan pemantauan ini. Catatkan hari, tarikh, masa, sama ada sebelum atau selepas waktu makan, serta sama ada selepas suatu aktiviti fizikal (seperti sesi senaman).

Anda juga perlu merekod simptom anda (seperti pening-pening, berdebar) jika ada, dan jenis makanan yang diambil serta jenis senaman agar anda boleh bandingkannya dengan paras glukosa darah dan mengambil tindakan susulan sewajarnya (sila lihat di bawah).

5. Gredkan keputusan anda. Berikan gred untuk setiap keputusan di dalam buku nota anda sebagai ‘Tinggi’, ‘Normal’ atau ‘Rendah’ berbanding dengan paras sasaran glukosa darah yang doktor anda telah tentukan untuk anda.

Maklumkan kepada doktor atau pendidik diabetes dengan segera jika anda mendapati bacaan anda adalah terlalu tinggi atau terlalu rendah kerana anda mungkin menghadapi suatu kecemasan diabetes. Adalah lebih baik untuk lebih berhati-hati daripada terkena sakit.

6. Selaraskan diet atau aktiviti fizikal anda. Keputusan anda akan menunjukkan bagaimana paras glukosa darah anda terjejas akibat apa yang anda makan atau lakukan sebelum membuat pemantauan. Contohnya, anda mungkin mendapat bacaan yang ‘Tinggi’ dua jam selepas makan tengah hari akibat pengambilan karbohidrat yang berlebihan.

Ini akan mendorong anda untuk mengkaji semula dari mana datangnya karbohidrat tersebut agar anda boleh mengurangkan hidangan atau menukar kepada alternatif lain pada masa akan datang. Jika anda mendapat bacaan yang agak rendah selepas bersenam, maka anda mungkin perlu mengurangkan intensiti senaman untuk sesi senaman yang seterusnya.

7. Menganalisis keputusan anda selepas suatu jangkamasa. Setelah menjalankan SMBG secara kerap selama beberapa minggu, minta doktor atau pendidik diabetes anda untuk menunjukkan cara menterjemahkan keputusan bagi sehari, seminggu dan seterusnya untuk sebulan. Adakah paras anda sentiasa tinggi atau adakah ia semakin menurun dan menghampiri sasaran?

Adakah terdapat sebarang kenaikan atau penurunan yang mendadak? Pemerhatian-pemerhatian sedemikian adalah sangat penting kepada doktor anda kerana ia akan mendorong beliau untuk mengubah pelan penjagaan diabetes anda serta mengkaji sebarang kebimbangan lain yang berkaitan, jika perlu.

Seperti yang selalu dikatakan, pengetahuan itu kuasa untuk diri. Walaupun ia merupakan satu pengetahuan dan amalan yang sangat mudah, namun pemantauan sendiri glukosa darah (SMBG) adalah sangat penting untuk memberikan kuasa meyakinkan anda untuk mengawal diabetes anda, mencegah komplikasi serta memastikan anda dapat menikmati kualiti hidup yang sempurna untuk jangka masa yang lama.

Pemantauan sendiri glukosa darah SMBG & HbA1c

Walaupun anda sedang mengamalkan SMBG di rumah, setiap 3-4 bulan doktor anda akan menjalankan sejenis ujian darah untuk menilai paras HbA1c (kompleks hemoglobin berglukosa) anda.

Doktor anda akan berpandukan kepada keputusan ini untuk melihat sama ada pengawalan glukosa darah anda selama 2 atau 3 bulan yang lepas memuaskan atau sebaliknya. HbA1c terbentuk apabila glukosa dalam darah menggabungkan dirinya dengan hemoglobin dalam sel-sel darah merah.

Secara ideal, HbA1c perlu berada di bawah 6.5 peratus jika anda menghidap diabetes jenis 2 (dan kurang dari 7 peratus bagi mereka yang menghidap diabetes jenis1). Paras HbA1c yang sentiasa tinggi adalah dikaitkan dengan risiko yang lebih tinggi bagi terjadinya komplikasi diabetes.

Dengan mengamalkan SMBG secara kerap, membuat perubahan gaya hidup yang sihat serta bekerjasama rapat dengan doktor (dan pendidik diabetes) anda untuk mencapai paras sasaran glukosa darah anda, anda pasti boleh mencapai HbA1c yang terbaik.

- ARTIKEL ini adalah sumbangan program Menangani Wabak Diabetes Fasa 2 (Kawal Glukosa) yang telah dianjurkan oleh Institut Diabetes Negara (NADI) dengan usaha sama Kementerian Kesihatan Malaysia, Persatuan Pemakanan Malaysia, Persatuan Dietitian Malaysia dan Persatuan Kajian Obesiti Malaysia.
Read More......

Produk luput ancam pembeli

NUFERA: MAKANAN BERFUNGSI LENGKAP http://nufera-virgin-coconut-oil.blogspot.com/

KUALA LUMPUR - Awas ketika membeli-belah kerana anda mungkin antara pengguna
yang terbeli barangan makanan sudah luput tarikh yang masih dijual di
beberapa pasar raya terkenal di seluruh negara.

Ini bukan cerita kosong atau tohmahan semata-mata tetapi itulah hakikat yang
ditemui wartawan *Kosmo! *ketika membuat tinjauan rambang di beberapa pasar
raya besar yang mempunyai rangkaian cawangan di seluruh negara dan sering
menjadi tempat kunjungan ramai.

Agak menghairankan, bagaimana barangan itu masih diletakkan di atas rak
untuk dijual kepada orang ramai kerana ada antara barangan tersebut sudah
luput tarikhnya sejak awal tahun lagi.


Kalau satu atau dua barangan itu boleh kita dikatakan pekerja pasar raya
tersebut terlepas pandang tetapi bagaimana jika semua barangan pada rak yang
tersusun cantik didapati telah luput tarikhnya?

Antara barang makanan yang dibeli oleh wartawan *Kosmo!* di beberapa pasar
raya terkemuka yang telah luput tarikhnya ialah sardin dalam tin, jeruk, pes
makanan, perencah dan juga minuman susu yang berkotak termasuk yang
berjenama popular.

Lebih teruk lagi, ada di antara makanan ini yang telah pun berubah sifatnya
baik dari segi warna mahupun kepekatannya.

Ini sudah pasti boleh mengancam kesihatan pengguna yang tidak berapa kisah
untuk melihat tarikh luput tertera pada botol atau tin makanan tersebut,
malahan terus menikmatinya apabila pulang ke rumah. Ini boleh mengundang
keracunan makanan kepada pengguna.

Wartawan *Kosmo!* yang meninjau ke premis perniagaan itu mendapati masih
ramai lagi pengunjung yang membeli barangan di premis tersebut tidak mahu
membelek atau meneliti produk itu walapun hanya mengambil beberapa saat.
Read More......

Makanan berkhasiat bantu kekal sihat

NUFERA: MAKANAN BERFUNGSI LENGKAP http://nufera-virgin-coconut-oil.blogspot.com/

USAHA mengubah persepsi masyarakat terhadap pengambilan makanan seimbang dan berkhasiat bukan saja untuk manfaat diri sendiri malah seisi keluarga.

Ia penting kerana pemahaman dalam penyediaan makanan dapat mendisiplinkan diri seseorang dalam mengawal nafsu makan. Ini sekali gus membolehkan seseorang mengutamakan khasiat bagi mengekalkan kesihatan serta menghindarkan diri daripada dijangkiti penyakit berisiko.



Wanita mudah terdedah dengan pelbagai penyakit berisiko seperti barah pangkal rahim, barah payu dara, barah usus, batu karang, sakit buah pinggang, jantung dan kencing manis jika mengambil mudah dari segi pemakanan.
Makanan berkhasiat bantu kekal sihat

Pakar sakit puan, Dr Aishah Tul Radziah Hussin, berkata pengambilan makanan yang mengandungi bahan boleh memudaratkan kesihatan seperti kolesterol, gula, pewarna dan pengawet harus dijauhi.

Menerusi bengkel kesedaran pemakanan berkhasiat di Sungai Petani, Kedah, baru-baru ini, beliau menekankan penjagaan kesihatan yang betul terutama di kalangan wanita sudah berkahwin.

“Penting bagi individu mengutamakan cara pengambilan makanan berjadual selain mengawal selera supaya tidak memakan makanan dan minuman kosong tanpa khasiat.

“Jika boleh, elok kembali kepada cara pemakanan tradisional yang diamalkan masyarakat dulu. Mereka amat teliti dalam pemakanan selain mengamalkan senaman bagi mengekal dan meningkatkan kesihatan badan,” katanya.

Bengkel kesedaran itu antara lain memberi tumpuan terhadap cara penyediaan makanan menyihatkan disediakan Dr Aishah sendiri.

Beliau banyak memberi penekanan dalam penyediaan sup berasaskan sayur-sayuran menerusi penggunaan keledek merah, lobak merah, kentang dan bunga kobis.

Menerusi program terbabit, peserta turut diberi pendedahan cara menyediakan makanan berkhasiat secara teori dan praktikal.

Peserta, Hafizah Muhamad Deli, 29, berkata program penjagaan kesihatan seumpama itu dapat meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai cara pengambilan makanan yang boleh mengurangkan risiko dijangkiti penyakit berbahaya.

“Dalam kehidupan serba moden kini, kita seharusnya lebih berhati-hati dari segi pengambilan makanan. Jangan mudah tertarik dengan makanan yang sedap dan menyelerakan kerana di sebalik kelazatannya, tersembunyi bahan pembunuh," katanya.

Read More......